web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Perniagaan Rugi RM45,400.60 Ditipu ‘Pegawai LHDN’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2022 9:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Bimbang dikenakan tindakan undang-undang kerana didakwa tidak menjelaskan hutang syarikat, seorang ahli perniagaan di daerah ini kerugian RM45,400.60 selepas menjadi mangsa penipuan seorang individu yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Isnin lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa mendakwa menerima panggilan daripada suspek ketika dia berada di pasar besar Kuantan yang memperkenalkan diri sebagai ‘pegawai LHDN’ dan memberitahu mangsa mempunyai tunggakan cukai syarikat berjumlah RM52,978.

Menurutnya, mangsa berusia 32 tahun itu bagaimanapun menafikan dia mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan, sebelum suspek menyambung panggilan terbabit kepada ‘pegawai polis’ yang kononnya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Terengganu, Terengganu.

“Suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis bernama Sarjan Siva, kemudian mengarahkan mangsa mengisi butiran peribadi melalui satu pautan dihantar ke WhatsApp.

“Tanpa berfikir panjang kerana bimbang dikenakan tindakan, mangsa mengikut arahan berkenaan, termasuk memberi nombor akaun bank,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa hanya menyedari dia ditipu semalam selepas menyemak baki akaun bank miliknya dan mendapati berlaku pemindahan wang berjumlah RM45,400.60 ke nombor akaun tidak dikenali.

Katanya, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan,.

“Hasil siasat awal mendapati suspek menggunakan modus operandi dengan membuat panggilan kepada mangsa dan menyamar sebagai pegawai LHDN serta polis bagi mempengaruhi mangsa hingga mengakibatkannya mengalami kerugian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan pihak polis sudah merakam keterangan mangsa serta melakukan semakan berkaitan maklumat nombor akaun digunakan suspek dalam kejadian itu. - Getaran 9 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tunggakan Cukai Pendapatan: Muhammad Shafee Perlu Bayar RM5.5 Juta Kepada LHDN

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 5 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad