web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Alami Detik Cemas, Kereta Dihempap Runtuhan Tebing

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 8:03AM

Kontraktor penyelenggaraan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan kejadian tanah runtuh melibatkan tebing sebuah rumah di Jalan Limbok Seremban, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila sebahagian keretanya tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di sebuah kawasan perumahan, Jalan Limbok, di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku semasa Christine Ratnam sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, melalui jalan di tebing bukit kawasan berkenaan, apabila tanah dan batu dari tebing yang runtuh itu mulai menimpa sebelah kiri bahagian belakang perodua Myvi yang dipandunya.

Anak saudara Christine, Sri Vythalingam semasa menceritakan kejadian itu kepada pemberita berkata Christine terus memberhentikan kenderaan dan keluar dari kereta itu dengan segera untuk menyelamatkan diri.

"Ada sebuah rumah banglo di bahagian atas tebing bukit itu, memang ada kerja-kerja pembinaan dijalankan di kawasan itu, dan tebing itu mungkin runtuh susulan hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi," katanya kepada Bernama di sini.

Sri berkata pemilik rumah banglo serta kontraktor terbabit memberitahu mereka akan bertanggungjawab, selain turut bersedia membayar ganti rugi susulan insiden berkenaan. 

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohammad Idris berkata pihaknya menerima panggilan mengenai tebing sebuah rumah di kawasan itu runtuh lalu terkena sebuah kereta pada pukul 5.30 petang tadi, bagaimanapun tiada mangsa cedera. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek