web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PICKids, 11,600 Kanak-Kanak Bakal Terima Vaksin Di Labuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 9:15PM

Seorang kanak-kanak ditemani ibunya ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi PICKids yang dilancarkan bermula hari ini di Labuan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kira-kira 11,600 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di sini bakal menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids), bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari berkata, program imunisasi itu bakal berlangsung sepanjang Februari ini.

"Kami amat menggalakkan ibu bapa membenarkan anak masing-masing mengambil suntikan ini walaupun PICKids dilaksanakan atas dasar sukarela,” katanya pada sidang media selepas pelancaran PICKids di Hospital Labuan, hari ini.

Menurut beliau, pusat pemberian vaksinasi (PPV) yang sedia ada di Kompleks Darul Kifayah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan dilanjutkan operasinya sehingga jam 8 malam pada hari bekerja.

Katanya, inisiatif itu dilakukan bagi memudahkan ibu bapa yang mempunyai kekangan (bekerja) untuk membawa anak mereka mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

"Kami juga merancang menubuhkan PPV lain seperti yang dipersetujui Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lada dan SK Pekan 2 untuk melancarkan proses pemberian vaksin.

"Ibu bapa juga boleh membawa anak mereka untuk mendapatkan vaksin COVID-19 di klinik swasta yang dibenarkan, namun perlu membuat temu janji terlebih dahulu,” katanya.

Seramai 20 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima suntikan berkenaan di Labuan hari ini. – Getaran, 7 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tindakan Pantas Bomba Kawal Kebakaran Selamatkan Lebih 100 Rumah Kayu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad