web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penggunaan Katil Hospital Masih Tidak Membebankan, Tapi Ada Peningkatan - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 7:23PM

KKM telah menyediakan 43 PKRC dengan kapasiti 10,810 katil bagi merawat pesakit COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,233 katil hospital daripada jumlah keseluruhan 9,776 digunakan bagi merawat pesakit COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kadar penggunaan itu walaupun tidak mencapai tahap membebankan, namun ia menunjukkan peningkatan empat peratus berbanding minggu sebelumnya.

Menurut beliau, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pula mencatatkan penurunan satu peratus, iaitu 116 katil daripada jumlah keseluruhan 850.

"Ketika ini kadar penggunaan katil COVID-19 di fasiliti kesihatan kekal berada di tahap yang tidak membebankan.

"Kementerian Kesihatan (KKM) setakat semalam sudah bersiap sedia dengan 120 Hospital COVID-19, iaitu 19 hospital penuh dan 111 hospital hibrid,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial.

Katanya, turut disediakan ialah 43 Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dengan kapasiti 10,810 katil.

Beliau menarik perhatian, peningkatan kes COVID-19 buat masa ini masih tidak menjejaskan sistem kesihatan negara, walaupun dilanda ancaman varian Omicron yang lebih mudah merebak.

“Sebahagian besarnya ia disumbangkan oleh liputan vaksinasi lengkap yang mencapai sasaran,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Khairy berkata, kerajaan juga menggalakkkan mana-mana majikan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah (work from home), atau melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat di tempat kerja.

“Selain itu, KKM juga menyarankan supaya orang ramai mengaktifkan MySejahtera Trace di aplikasi MySejahtera bagi tujuan pengesanan kontak rapat.

“Pemilik premis juga diminta untuk meningkatkan kawalan kemasukan pelanggan dengan menyemak status risiko dan vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera pelanggan. Kita telah berjaya menstabilkan keadaan pandemik COVID-19 ini setelah gelombang Delta menyerang dan Insya’Allah, kita juga boleh melawan varian Omicron,” katanya. - Getaran, 7 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad