Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID-19, Selepas Setahun Bergelar Pandemik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 6:29PM

Selepas setahun COVID-19 diisytiharkan sebagai pandemik, dunia masih bergelut melawan virus berkenaan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - COVID-19 pada awal kemunculannya di Wuhan, China hanya dianggap sebagai sejenis pneumonia yang jarang berlaku, dan dirawat sebagai penyakit biasa tanpa sebarang keperluan untuk melihat ia sebagai satu kecemasan.

Situasi itu berlarutan buat beberapa lama, sehingga kerajaan China mula merasakan ia satu keanehan, apabila jumlah pesakit semakin bertambah tanpa menunjukkan sebarang tanda untuk sembuh.

Ketika ini juga, seorang doktor dari republik itu, dikenali sebagai Dr Li Wenliang menjadi bualan hangat, susulan kontroversi dicetuskan selepas beliau memberi amaran kewujudan virus baru menyamai Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Tindakan berani Dr Wenliang bagaimanapun dipandang sepi pemerintah, malah beliau diberi amaran agar berhenti dari menyebar sebarang berita yang dianggap palsu, selain turut berdepan siasatan pihak berkuasa.

Doktor mata di sebuah hospital di tengah Wuhan itu malangnya turut dijangkiti COVID-19 ketika merawat seorang pesakit dan menghembuskan nafas terakhir pada 7 Februari 2020.

Pemergian beliau ditangisi segenap pelusuk China, sekali gus menyaksikan kerajaan republik terbabit berdepan kemarahan ramai, kerana didakwa cuba menyembunyikan fakta.

Sedikit sebanyak, amukan rakyat ada asasnya kerana pihak berkuasa sejak awal sememangnya dilihat seakan cuba menepis telahan pelbagai pihak yang sudah menebak, ada perkara buruk sedang berlaku.

Sungguh benar bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru, kerajaan China akhirnya terpaksa mengalah dan mengakui kewujudan virus terbabit, dikenali sebagai Coronavirus pada awalnya, sebelum ditukar kepada COVID-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Lumrah manusia, akan belajar menghargai selepas kehilangan sesuatu dan ia tidak terkecuali ke atas Dr Wenliang.

Hanya selepas beliau berangkat ke negara abadi, kerajaan mengakui jasa mendiang, malah menjulang lelaki terbabit sebagai wira kerana bertindak pantas mengenal pasti kewujudan virus maut berkenaan.

Sanjungan tersebut bagaimanapun hadir terlalu lewat kerana ketika itu, COVID-19 sudah tersebar luas di luar China, dengan Thailand menjadi negara luar pertama berdepan musibah terbabit pada 13 Januari, lebih awal sebelum Dr Wenliang dijemput Tuhan.

COVID-19 kemudian terus mengganas, meragut nyawa pertama di luar China, membabitkan seorang penduduk Wuhan di Filipina, yang tiba di negara Asia Tenggara itu pada 1 Februari 2020.

Walaupun Itali muncul sebagai negara kedua terburuk diancam virus terbabit selepas China (pada ketika itu), kematian pertama di luar Asia direkodkan di Perancis pada 14 Februari.

Kunjungan sekumpulan pelancong dari Tanah Besar ke Itali pula menjadi titik mula penyebaran virus tersebut di negara penuh sejarah itu, menjangkiti sejumlah besar penduduk tempatan, sebelum ia hampir melumpuhkan ekonomi mereka yang bersendikan kepada pelancongan sebagai sumber pendapatan utama.

Gelombang COVID-19 ini ternyata tidak dapat ditahan, apabila Malaysia turut menerima tempias, dengan kes pertama dikesan pada 25 Januari tahun lalu membabitkan tiga pelancong China yang juga kontak rapat seorang pesakit di Singapura, dan dikesan memasuki Malaysia melalui republik terbabit, sehari sebelumnya.

Kemunculan Kluster Tabligh, iaitu penyebaran sulung besar-besaran di Malaysia diibaratkan seperti mencurah minyak ke dalam api yang membara, apabila ia menjadi antara faktor kewujudan gelombang pertama COVID-19 di negara ini.

12 Mac 2020, WHO mengisytiharkan COVID-19 sebagai satu pandemik, sesuai dengan perincian dimiliki iaitu menyerang dalam skop lebih besar, tanpa terhad kepada komuniti setempat semata-mata.

Dianggap sebagai antara pandemik terburuk dunia setakat ini, ia mengatasi musibah dibawa Spanish Influenza lebih seratus tahun lalu, walaupun masih gagal menandingi malapetaka dibawa wabak The Black Death sekitar abad ke-14, yang dipercayai meragut hampir 14 juta nyawa.

Kementerian Kesihatan menerusi hantaran rasmi di laman Facebook mereka berkata, HIV/AIDS adalah satu-satunya penyakit yang diramal mampu membunuh sehingga 100 juta orang menjelang 2025, sebelum COVID-19 memahat nama dalam sejarah perubatan.

Kehadiran virus berkenaan nampaknya bakal merubah suasana, dan sehingga penawar penyakit terbabit ditemui, ia dijangka terus mengasak perabadan manusia, sekali gus memungkinkan jumlah kematian melebihi angka 2.6 jua yang dicatatkan setakat ini.

Ketika jentera perubatan hampir berjaya menumpaskan COVID-19 dan pada saat kita sudah boleh menarik nafas lega susulan bilangan kes yang semakin menurun, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pula mengambil tempat.

Tepat bagai dijangka, negara dilanda gelombang ketiga dan jumlah jangkitan serta kematian meningkat saban hari, memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali kedua, bermula 13 Januari lalu.

Barisan hadapan kali ini benar-benar diuji dan mereka hampir tunduk mengalah, jika bukan dek tiupan semangat Panglima Perang kementerian, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang juga Ketua Pengarah Kesihatan.

Rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan, Dr Noor Hisham benar-benar melaksanakan amanah tersandar di bahunya dengan cemerlang, sentiasa siap mendepani apa juga keadaan, walaupun lesu di matanya jelas kelihatan.

Berkat kerja keras seluruh petugas barisan hadapan, khususnya jentera perubatan yang tidak mengenal jemu, COVID-19 sekali lagi memasuki trend penurunan, dengan jumlah kes di bawah paras 2,000 buat hari keenam berturut-turut.

Meski masih tinggi, penurunan ini jika terus berlaku akan mula merekodkan kestabilan, sekali gus mencatatkan jumlah jangkitan sekitar dua angka menjelang Mei nanti.

Menurut kementerian, pendekatan untuk mengimbangi keperluan kesihatan rakyat dan kestabilan ekonomi yang diambil kerajaan menjadi faktor penurunan kes, walaupun berlaku dengan agak perlahan.

Ia turut didorong oleh kejayaan kerajaan mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 ketika negara lain di dunia masih saling ‘berebut’ dan faktor ini sememangnya menerbitkan harapan baharu buat negara.

Secara teori, kebebasan mutlak mungkin bakal diperoleh tidak lama lagi, jika Malaysia berjaya mewujudkan imuniti kelompok menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dan jelas di sini, ia bukan masanya untuk golongan anti vaksin melebarkan dakyah mereka.

Selepas lebih setahun mengerah kudrat memerangi musuh yang tidak zahir di dunia nyata, inilah peluang untuk Malaysia menang di medan pertarungan.

Hakikatnya, kejayaan ini memerlukan pembabitan menyeluruh semua pihak, kerana tari tidak akan bersambut tanpa ada yang membuka langkah.

Tanpa keberanian, mimpi tidak akan bermakna namun ia juga hanya akan terlaksana jika langkah seiring usaha. – Getaran, 12 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

WHO Gesa Lindungi Semua Hospital Di Gaza

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

Semasa 1 hari yang lalu

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

Sukan 1 hari yang lalu

Keadaan Faisal Halim Amat Positif Selepas Pembedahan Kedua