web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Johor: JBPM Pastikan Premis Diguna Pakai Di Tahap Terbaik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2022 8:43PM

Yahaya (kiri) memeriksa perbarisan anggota bomba sempena Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Johor di Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor akan memastikan semua bangunan dan premis yang akan diguna pakai sepanjang tempoh itu berada di tahap terbaik, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarahnya, Datuk Yahaya Madis berkata, ia melibatkan bangunan yang akan digunakan sebagai tempat penamaan calon, pusat pengundian awal dan pusat penjumlahan undi.

Bagaimanapun, menurut beliau, setakat ini pihaknya masih belum menerima maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung senarai bangunan yang bakal digunakan sepanjang tempoh PRN.

“Pihak JBPM juga tidak terkecuali untuk membantu daripada aspek keselamatan kebakaran dan mendapat kerjasama SPR untuk memastikan semua premis terbabit berada pada tahap terbaik.

“Kita akan pastikan bangunan dan premis yang digunakan itu memenuhi semua aspek keselamatan yang diperlukan, antaranya mempunyai laluan kecemasan dan dilengkapi peralatan keselamatan sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Johor 2022 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Johor di sini, hari ini.

Katanya, segala persediaan ini akan mula dijalankan setelah mendapat maklumat penuh daripada SPR dalam masa terdekat.

“Kami akan membuat rondaan secara berkala di beberapa kawasan tumpuan bagi memastikan tiada unsur kebakaran berlaku,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan Yahaya berkata, hanya 20 peratus daripada keseluruhan anggota dibenarkan mengambil cuti tahunan sepanjang tempoh PRN Johor.

“Bagi anggota dan pegawai yang terbabit dalam penugasan dan tidak dapat pulang ke daerah mereka mendaftar mengundi, kita akan usahakan untuk undi pos,” katanya.

Sementara itu beliau memberitahu, pihaknya menerima sekurang-kurangnya 30 panggilan sehari berkenaan pembakaran terbuka di Johor sejak awal tahun ini, dengan 764 insiden dilaporkan berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa bersedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya peningkatan kes pembakaran terbuka ketika ini.

Katanya, antara daerah yang merekodkan jumlah panggilan tertinggi ialah Muar dan Pontian, khususnya di kawasan pertanian.

“Sejak awal tahun, JBPM Johor menerima purata 30 panggilan kecemasan sehari berkaitan pembakaran terbuka.

“Semua daerah di negeri ini terdapat lokasi panas berlakunya kegiatan itu dengan Muar dan Pontian merekodkan jumlah tertinggi.

“Kita percaya ketika cuaca panas ini ramai pekebun dan peladang mengambil kesempatan membersihkan kebun tanpa kawalan,” katanya.

Mengikut statistik, antara kawasan yang kerap berlaku pembakaran terbuka ialah di Jalan Parit Sikom, Jalan Parit Ibrahim dan Benut dekat Pontian, manakala Parit Jono, Kampung Semerah dan Batu 16 Ayer Hitam-Muar dekat Muar. - Getaran, 6 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

2

Semasa 6 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran