web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Pinjaman GHK, Anwar Sifatkan Penjelasan Tengku Zafrul Tersasar, ‘Gagal’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 9:27PM

Anwar Ibrahim berkata kenyataan menteri kewangan itu sangat mengecewakan. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjelasan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pinjaman tanpa jaminan kepada syarikat kapal persiaran Genting Hong Kong (GHK), tersasar daripada isu sebenar.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan Tengku Zafrul itu sangat mengecewakan sehingga mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

“Kenyataan balas Menteri Kewangan kepada soalan yang diajukan saya berkenaan pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM2.5 bilion kepada GHK ternyata tersasar daripada isu sebenar.

“Zafrul menyatakan bahawa pinjaman tanpa cagaran itu adalah norma serta praktik biasa dalam sektor perbankan dan bank-bank tidak akan dihadapkan dengan kerugian.

“Lagak santai dan bersahaja beliau dalam memberi pencerahan mengenai isu ini amat mengecewakan, tatkala kita sedia maklum bahawa badan atau tabung kewangan utama negara mempunyai pertalian pelaburan cukup besar di dalam bank tempatan di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu Anwar ada mendesak Tengku Zafrul memberikan penjelasan berhubung persoalan mengenai tiga bank tempatan dibenarkan memberi pinjaman tanpa jaminan bernilai RM2.5 bilion kepada GHK.

Anwar berkata, penjelasan berhubung isu tersebut perlu diberikan kepada umum kerana kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad (PNB), Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pemegang saham terbesar dalam ketiga-tiga bank itu.

“Apabila bank mengalami kerugian, kepentingan rakyat turut terkesan. Dalam isu pinjaman tanpa cagaran kepada GHK, kerugian ditanggung Maybank, CIMB dan RHB akan turut ‘dialami’ rakyat Malaysia,” katanya.

Menurut Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Malaysia sudah lama ‘berselirat’ dengan pelbagai skandal kewangan, iaitu dari skandal Bumiputera Finance hingga 1MDB di mana berbilion ringgit lesap dek kerana salah guna kuasa, rasuah dan ketiadaan prinsip ketelusan serta kebertanggungjawaban badan berkaitan.

“Kebejatan secara sistemik ini tertonjol dengan nyata tatkala kedudukan kita menurut Indeks Persepsi Rasuah merudum teruk sejak dua tahun lalu, malah ia berlaku di bawah kemudi menteri sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut, Mantan Menteri Kewangan itu berkata, beliau bersetuju bahawa bukan tugas Tengku Zafrul untuk menyemak atau meneliti bagaimana bank sepatutnya beroperasi.

Namun, tegas Anwar, Tengku Zafrul wajar menonjolkan sikap dan nilai integriti tinggi dalam mengurus peruntukan serta dana, terutama di saat ini jutaan rakyat Malaysia sedang berhadapan masalah pengangguran, keadaan ekonomi belum kukuh dan masalah kemiskinan.

“Tidak kurang sebilangan rakyat yang menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman kerana dampak hentakan wabak COVID-19 ke atas ekonomi kita.

“Masalah bankrupsi kini dihadapi segelintir mereka ternyata satu pukulan maut.

“Kepada tauke ada ‘cable’, masalah ini dianggap ‘tidak ada kerugian material’, sebaliknya boleh ditangani dengan sedikit penstrukturan korporat.

“Kepada ahli ekonomi, ia hanya ‘risiko moral’, namun rakyat Malaysia melihatnya sebagai satu bentuk ketidakadilan,” katanya.

Menurut Anwar, Tengku Zafrul mempunyai kepakaran luas berhubung isu GHK memandangkan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan selama hampir dua tahun.

Ujarnya, Zafrul juga adalah kepala Perbankan Pelaburan semasa di Maybank apabila urusan pinjaman GHK dibuat, sebelum berkhidmat di dalam badan eksekutif di CIMB semasa pinjaman kepada GHK diservis.

Malah, katanya, beliau mempunyai masa cukup untuk melakukan pindaan yang mampu memastikan manfaat kepada pengguna bank, namun itu tidak berlaku.

“Ringkasnya, hanya ada seorang yang mampu merundingkan perjanjian lebih baik kepada GHK bagi pihak rakyat Malaysia, iaitu Menteri Kewangan sekarang. Ternyata beliau gagal,” katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul pada 29 Januari lalu menyatakan bahawa pemberian pinjaman tanpa cagaran kepada GHK bukan ditentukan Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan atau pemegang saham.

Sebaliknya, beliau berkata, keputusan itu ditentukan sendiri ketiga-tiga bank terbabit kerana setiap bank mempunyai proses usaha wajar (due diligence) dan penilaian kredit oleh Jawatankuasa Kredit masing-masing bagi menilai keupayaan bayaran balik pinjaman oleh peminjam. - Getaran, 4 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Tidak Ada Hasrat Tamatkan Sistem AP Secara Berperingkat - Tengku Zafrul

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 8 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad