web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPLB Salur RM1.5 Juta Naik Taraf Kemudahan Kampung di Labuan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 8:45PM

Ramlan (tengah) bersama Amir (dua dari kiri) meninjau keadaan jalan rosak di Kampung Sungai Bedaun di Labuan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)  memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta tahun ini bagi kerja menaik taraf dan pembangunan kampung di sini.

Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, peruntukan itu termasuk meningkatkan infrastruktur jalan raya dan membaik pulih rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menurutnya, pelaksanaan projek itu bakal dilaksanakan dalam waktu terdekat.

“Tahun ini kita menyediakan peruntukan sejumlah RM1.5 juta untuk dibelanjakan di Labuan. Kita harap peruntukan ini dapat dibelanjakan segera.

“Kita juga akan mengusahakan peruntukan lain bagi memastikan rakyat di Labuan mendapat manfaat daripada peruntukan disediakan KPLB,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di beberapa kampung di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussien.

Ramlan mengadakan tinjauan itu dalam misi lawatan kerja dua hari bersama delegasinya ke Labuan sejak semalam.

Mengulas lanjut, Ramlan berkata kementerian itu bekerjasama dengan Perbadanan Labuan daripada aspek penyelarasan bantuan pembangunan berkenaan agar semua kampung yang dikenal pasti menerima kemudahan secara adil.

“Selepas perbincangan bersama dibuat, kita bersetuju agar pihak Perbadanan Labuan mengemukakan permohonan rasmi kepada KPLB bagi bantuan pembangunan kampung di Labuan,” katanya. - Getaran, 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kelibat Dirakam Pada Acara Solidariti Tentera Israel, Mike Tyson Beri Penjelasan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 10 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja