web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nahas Maut 4 Beranak, Pemandu 4WD Hadap 4 Tuduhan Membunuh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 3:59PM

Tertuduh (kanan) dibawa anggota polis bagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Bentong, dekat Bentong, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang pemandu pacuan empat roda (4WD) yang terbabit dalam kemalangan maut melibatkan empat beranak 28 Januari lalu berdepan empat pertuduhan membunuh dan dua pertuduhan berkaitan dadah.

Ahmad Fuad Mohd Salleh, 44 dikenakan semua pertuduhan itu apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong, dekat Bentong, hari ini.

Dia yang juga penternak ikan dan 4WD jenis Nissan Navara ketika kejadian, hanya mengangguk tanda faham sebaik empat pertuduhan membunuh dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hashim.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah.

Berdasarkan empat kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh pada kira-kira jam 2.30 petang, 28 Januari lalu di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga di Bentong didapati  membunuh empat mangsa iaitu Raihan Mohamad, 43; Ahda Dalili Mohd Nazri,14; Ahmad Muaz Mohd Nazri, tujuh tahun dan Ahda Imtinan Mohd Nazri, empat tahun.

Lelaki yang berasal dari Lipis itu berdepan empat pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kelima pula, tertuduh pada jam 12.05 tengah malam, 29 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong didapati menggunakan dadah berbahaya jenis metafetamin dengan cara yang salah.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) ADB yang dibaca bersama Seksyen 38 B ADB.

Dalam pertuduhan keenam pula, tertuduh  pada jam 11.45 pagi, 28 Januari lalu di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga di Bentong, didakwa memiliki 0.75 gram dadah jenis methamphetamine dan dituduh, mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) ADB 1952.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, S Punitha manakala tertuduh diwakili peguam Farah Idayu Nusi.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana berdepan dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes, bagi mendapatkan keputusan maklumat bedah siasat keempat-empat mangsa dan juga laporan kimia tertuduh.

Dalam kemalangan pada 28 Januari lalu, mangsa Raihan Mohamad,43, dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd, Nazri, 14, Ahmad Muaz, 7 tahun dan Ahda Imtinan,  4 maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dirempuh sebuah 4WD di simpang lampu isyarat susur Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) dekat Kilometer 2 Jalan Lebu Mempaga dekat Bentong.

Semasa kejadian, semua mangsa yang menaiki kenderaan jenis Toyota Velfire dipandu suami Raihan, Mohd Nazri Hamid, 44 tahun, sedang dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudaranya. - Getaran, 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi