web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Misi Bantuan Kemanusiaan YAS Lindungi Nasib, ‘Bina Kehidupan’ Pelarian Syria

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 4:15PM

Pengasas YAS, Datuk Afdlin Shauki (tiga kiri) bergambar bersama para sukarelawan yang ke Syria untuk misi bantuan oleh Sadaqah Centre, YAS dan Yayasan Kubra di KLIA Sepang malam tadi - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keazaman menggunung Yayasan Afdlin Shauki (YAS) membantu pelarian Syria dibuktikan menerusi usaha pertubuhan itu menghantar pasukan misi bantuan kemanusiaan ke negara bergolak berkenaan, awal pagi tadi.

Pengasas YAS, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, bantuan itu disegerakan memandangkan ketika ini pelarian terbabit berdepan isu kebuluran, selain musim sejuk melampau.

Katanya, antara barangan paling penting diperlukan kumpulan itu adalah alat pemanas dan arang untuk menghangatkan suasana.

Malah, ketika ini, ujarnya, mereka terpaksa membakar barangan peribadi, termasuk pakaian bagi menghasilkan haba untuk memanaskan persekitaran dan badan.

“Itu antara misi bantuan kita (YAS) bagi misi kali ini. Pada masa sama, kita akan memperbaiki penempatan musnah akibat dipukul ribut salji.

“Usaha ini penting untuk kita lakukan kerana ia masalah utama pada musim sejuk ini sehingga ada laporan pelarian meninggal dunia akibat kesejukan.

“Bantuan untuk pelarian yang tinggal di khemah sekitar Syria dan Turki amat kritikal ketika ini, susulan musim sejuk yang kadang kala mencecah -10 darjah celsius serta diburukkan dengan penularan Pandemik COVID-19,” katanya.

Afdlin Shauki bercakap kepada media di KLIA malam tadi. - Gambar oleh Azim Rahman
Afdlin Shauki bercakap kepada media di KLIA malam tadi. - Gambar oleh Azim Rahman

Beliau berkata demikian ketika ditemui Getaran selepas menghantar sukarelawan Misi Bantuan Musim Sejuk Syria di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.

Seramai empat sukarelawan mengikuti misi itu yang disokong beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), antaranya Sadaqah Centre dan Pencinta Gaza Malaysia (PGM).

Berdasarkan data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), setakat Januari 2021, seramai 13.3 juta penduduk di Syria memerlukan pelbagai bantuan kemanusiaan.

Keadaan di Syria dikategorikan sebagai krisis pelarian terbesar dunia pada zaman moden ini dengan 5.5 juta rakyatnya berada di sekitar Turki, Lubnan, Jordan, Mesir dan Iraq.

Seramai 6.7 juta rakyatnya pula dilaporkan masih kekal di Syria, namun menjalani kehidupan sebagai pelarian.

Mengulas lanjut, Afdlin berkata, matlamat YAS tidak terhad kepada penghantaran misi kemanusiaan, namun mahu bangkit bersama-sama rakyat Syria untuk membina semula tanah air mereka yang musnah dek perang selama lebih sedekad.

“Permasalahan ini tidak akan habis hanya dengan satu misi sahaja, justeru kita akan terus istiqamah untuk mengadakan inisiatif sama sekerap mungkin demi menghulurkan bantuan kepada lebih ramai pelarian Syria.

“Mereka ini amat mengharapkan sumbangan negara luar kerana mereka langsung tidak menerima sebarang bantuan daripada kerajaan. Alhamdulillah, bukan kita sahaja, ramai NGO dari Malaysia turut membantu,” katanya.

Afdlin membaca doa selamat untuk para sukarelawan sebelum berlepas ke Syria. - Gambar oleh Azim Rahman
Afdlin membaca doa selamat untuk para sukarelawan sebelum berlepas ke Syria. - Gambar oleh Azim Rahman

Sehubungan itu, Afdlin menjelaskan, nama Malaysia kini sangat terkenal di Syria dan negara jirannya Turki serta negara di Asia Barat.

Rakyat Syria juga, katanya, mengakui bahawa penderitaan mereka didengari Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Sadaqah Centre, Abdullah Hanif Hassan berkata, kini adalah waktu sesuai bagi pihaknya menghantar sumbangan membantu pelarian di Syria menempuhi musim sejuk yang terlalu ‘ekstrem’ dan tidak menentu.

“Kita menghantar pasukan sukarelawan kita ke sana ketika ini kerana waktunya sangat signifikan bagi menyampaikan bantuan keperluan harian, selain barangan asas untuk kelangsungan hidup mereka ketika menempuh musim sejuk,” katanya. - Getaran, 4 Febuari 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Penduduk Gaza Terus Jadi Sasaran Israel, Bantuan Melalui Udara Tidak Berkesan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bukan Kereta Aja Yang Boleh Hanyut, Tong Gas Pun Boleh!

4

Sukan 2 tahun yang lalu

AFC2023: Penalti Bantu Iran Atasi Syria

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad