web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


AFC2023: Penalti Bantu Iran Atasi Syria

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2024 8:24AM

Iran yang terpaksa mengharungi masa tambahan 30 minit dengan 10 pemain, menang 5-3 menerusi penentuan penalti - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Juara tiga kali, Iran berdepan saat sukar dalam menempah slot suku akhir Piala Asia 2023 apabila terpaksa menunggu sehingga ke penentuan penalti untuk menyingkirkan Syria pada aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Abdullah Bin Khalifa di sini, malam ini (awal pagi waktu Malaysia).

Iran yang terpaksa mengharungi masa tambahan 30 minit dengan 10 pemain, menang 5-3 menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 pada pertembungan sengit itu, yang menyaksikan dua gol dalam masa permainan sebenar terhasil menerusi penalti.

Mehdi Taremi yang dilayangkan kad merah pada masa tambahan separuh masa kedua, memastikan Team Melli mendahului pada babak pertama sebelum Syria menyamakan kedudukan menerusi Omar Khrbin pada separuh masa kedua.

Pada penentuan penalti, sepakan kedua Syria yang diambil Fahd Youssef berjaya diselamatkan Alireza Beiranvand sebelum kapten Irana, Ehsan Hajisafi menjaringkan penalti kemenangan untuk mengesahkan kemaraan skuad bimbingan Ardeshir Ghalehnoy.

Terdahulu, penyudah yang tumpul dan kecekapan penjaga gol Syria Ahmad Madanieh menyaksikan Iran terpaksa menunggu sehingga minit ke-34 untuk memecah kebuntuan menerusi penalti.

Taremi menyempurnakan penalti itu yang diberikan pengadil Kim Jong-hyeok dari Korea Selatan selepas beliau dikasari Aiham Hanz Ousou sekali gus menjaringkan gol
ketiganya pada kempen kali ini.

Hasrat Taremi mencetak gol peribadi kedua tidak kesampaian selepas Madanieh menyelamatkan rembatannya pada minit ke-43 sebelum penjaga gol berusia 34 tahun itu sekali lagi
menafikan peluang gol skuad bimbingan Ardeshir Ghalehnoy menerusi tandukan Ibrahim Hesar dua minit kemudian.

Syria kendalian Hector Cuper yang julung kali beraksi di pusingan 16 terbaik, berjaya menyamakan kedudukan apabila Khroin tenang menyudahkan penalti pada minit ke-64
selepas pemain gantian Pablo Sabbag dikasari Beiranvand.

Iran terus dihantui ketangkasan Madanieh yang kekal kebal di gawang apabila menafikan empat percubaan tepat masing-masing menerusi tendangan Alireza Jahanbakhsh, Ali
Gholizadeh dan rembatan serta tandukan Sardar Azmoun menuju penghujung perlawanan.

Memasuki masa tambahan 10 minit babak kedua, Iran ditimpa malang selepas terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Taremi mengutip kad kuning kedua kerana menjatuhkan Alaa Aldin Yasin Dali sekali gus dilayangkan kad merah.

Namun situasi itu tidak menjejaskan disiplin bertahan Iran dalam mengharungi 30 minit masa tambahan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.

Kelima-lima penalti Iran disempurnakan Karim Ansarifard, Ramin Rezaeian, Omid Ebrahimi, Mahdi Torabi dan Hajisafi manakala tiga penalti Syria disudahkan dengan baik Sabbag, Ousou dan Dali.

Iran akan membuat perhitungan dengan juara empat kali Jepun pada pentas suku akhir di Stadium Education City, Sabtu ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Gencatan Senjata Sementara Lebih Banyak Bawa Musibah - Anwar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Guna Segala Wahana Bela Palestin, Malaysia Sambut Baik Pendirian Turkiye

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Berangkat Tunai Solat Jumaat Di Masjid Kariah Gunung Pasir, Seri Menanti