web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GRS Didesak Batal Perjanjian NCA Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 12:16PM

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didesak membatalkan serta-merta Perjanjian Pemuliharaan Alam Semula Jadi atau Nature Conservation Agreement (NCA) berkaitan penjualan karbon kredit.

Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, merujuk laporan Al-Jazeera bertajuk ‘Very hush-hush: Borneo’s $80bn carbon deal stokes controversy’ kelmarin, NCA yang ditandatangi GRS menimbulkan kontroversi dan gagal dijelaskan secara baik ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Disember lalu.

“Saya juga menyangkal kenyataan seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari GRS kononnya NCA sudah dibentangkan dan diluluskan semasa sidang DUN Sabah.

“Ia satu kenyataan tidak benar dan cuba mengaburi mata rakyat Sabah serta masyarakat antarabangsa,” katanya.

Mohd Shafie berkata, penipuan itu boleh menyebabkan semua ADUN, termasuk blok pembangkang menanggung liabiliti akibat perjanjian berat sebelah, sekali gus menafikan hak rakyat di negeri berkenaan.

“Pada DUN Sabah yang lalu, saya membangkitkan isu NSA ini dan ia adalah pertama kali disebut secara umum ketika sidang terbabit.

“Tempoh durasi perjanjian selama 100 tahun menyebabkan dua juta hektar hutan Sabah diserahkan kepada syarikat asing berpangkalan di Singapura tanpa dibincangkan di dalam sidang DUN,” katanya.

Beliau mendakwa GRS juga tidak membuat konsultasi umum sebelum memeterai perjanjian itu.

Katanya, apa gagal dijawab GRS dan menteri berkaitan sehingga kini adalah kreadibiliti syarikat asing berkenaan yang tidak pernah mengendalikan sebarang perniagaan berkaitan karbon kredit.

“Lebih memalukan apabila media antarabangsa Al Jazeera turut mendedahkan beberapa percanggahan fakta, termasuk kononnya syarikat asing itu mendapat sokongan Temasek Holding (syarikat pelaburan nasional Singapura), namun dinafikan (Temasek) ketika dihubungi agensi media berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, antara perkara lain diberi perhatian adalah cadangan keuntungan 30 peratus yang akan diperoleh syarikat asing berkenaan.

Jelasnya, jika mengikut perkiraan, syarikat asing berpangkalan di Singapura itu akan memperoleh keuntungan RM100 juta sepanjang tempoh perjanjian terbabit.

“Tidak adakah syarikat tempatan berpengalaman boleh menjalankan perniagaan ini untuk Sabah? Mengapa perlu syarikat asing yang tiada pengalaman seperti itu dilantik dan memperoleh keuntungan dari negeri ini?,” katanya.

Tegas Mohd Shafie, beliau tidak mahu NCA menjadi satu lagi skandal terbesar yang menjejaskan imej Sabah dan Malaysia di mata dunia.

Ujarnya, beliau tidak menolak sebarang usaha mengekalkan khazanah bumi Sabah bagi tujuan perusahaan karbon kredit, namun model perniagaannya harus berasaskan penjualan karbon bukan mencagarkan tanah hutan.

“Ia juga perlu dibuat secara terbuka, berintegriti dan mengambil kira kepentingan orang asal serta pribumi Sabah,” katanya. - Getaran, 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Tak Rasmi: GRS Dahului PRN Sabah, Ewon Kuasai Kadamaian

2

TARA 2 tahun yang lalu

5 Cara Untuk Kenali Tumbuhan Yang Selamat Dimakan Dalam Hutan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kebakaran Hutan Di Sepanyol Semakin Marak, Sukar Dikawal

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Kematian Kebakaran Hutan Di Maui, Hawaii Mencecah 110 Mangsa

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad