web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Love Scam, Warga Emas Rugi RM52,300 Terpedaya Janji Manis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 10:08AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Akibat terpedaya dengan janji manis kenalan baru dikenali di media sosial, seorang warga emas sanggup meminjamkan wang simpanannya berjumlah RM52,300 namun dipercayai ditipu sindiket Love Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, perkenalan kedua-duanya bermula pada 18 Disember 2021 apabila mangsa berusia 74 tahun yang berada di kediamannya di Jalan Air Putih di sini, dihubungi suspek melalui aplikasi Facebook Messenger.

Menurutnya, mangsa yang juga pesara anak syarikat negeri mendakwa menerima pesanan daripada suspek pada tarikh itu, sebelum mereka bertukar nombor telefon.

“Suspek menggunakan nama Nelson Micheal dan mendakwa berasal dari Amerika Syarikat memberitahu mangsa kononnya dia bekerja dalam bidang cari gali minyak di Miri, Sarawak.

“Sepanjang perkenalan mereka, mangsa mengakui tidak pernah berjumpa dengan suspek dan hanya berhubung melalui Facebook Messenger dan aplikasi WhatsApp,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Wazir berkata, selepas sebulan berkenalan, suspek mula meminta meminjam wang daripada mangsa dan berjanji berkahwin dengan wanita itu jika permintaannya dipenuhi.

“Mangsa yang termakan dengan janji manis suspek kemudian melakukan tujuh transaksi ke nombor akaun bank diberikan lelaki itu dan sehingga 31 Januari lalu, mangsa memindahkan wang berjumlah RM52,300,” katanya.

Beliau berkata, sebaik mangsa selesai memindahkan wang pada 31 Januari lalu, suspek tidak lagi menghubunginya yang membuatkan mangsa menyedari ditipu dan melaporkan perkara itu di Balai Polis Kuantan, semalam.

Jelasnya, pihak polis sudah merakam keterangan mangsa bagi tujuan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda. - Getaran, 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Janji Palsu Scammer Terbongkar, 3 Termasuk Wanita Asing Dicekup

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Wanita Rugi Lebih RM1.4 Juta Selepas Ditipu 'Jurutera' New Zealand

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Love Scam: Pengarah Syarikat Rugi RM5.29 Juta

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad