web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Love Scam: Pengarah Syarikat Rugi RM5.29 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 7:29AM

Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang merupakan pengarah syarikat di Ipoh, Perak kerugian RM5.29 juta setelah ditipu seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat yang dikenalinya di laman sosial “Online Dating”.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata mangsa penipuan “Love Scam” berusia 64 tahun itu telah membuat laporan polis hari ini.

"Suspek memperkenalkan diri sebagai pekerja paramedik di Hospital California memperdayakan mangsa dengan menyatakan beliau (lelaki itu) menerima kontrak besar pembekalan peralatan perubatan bernilai US$22 juta dan perlukan dana modal permulaan serta berjanji ingin mengahwini mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terpedaya dengan janji tersebut, Azmi berkata mangsa telah melakukan 120 transaksi pindahan wang ke dalam 14 akaun bank yang diberikan suspek secara berperingkat antara Januari hingga Jun 2022 berjumlah keseluruhan RM5.29 juta.

“Mangsa telah menggunakan kesemua wang simpanan dan membuat pinjaman dengan Pemberi Pinjam Wang Berlesen. Semakan awal mendapati akaun bank yang terlibat (akaun lelaki itu) juga mempunyai rekod untuk beberapa kes penipuan menggunakan modus operandi yang sama,” katanya.

Azmi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad