web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wanita Rugi Lebih RM1.4 Juta Selepas Ditipu 'Jurutera' New Zealand

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2022 8:53PM

Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki warga Afrika di sebuah restoran di ibu negara Jumaat lalu, kerana dipercayai menipu seorang wanita hingga mengalami kerugian lebih RM1.4 juta selepas berkenalan dengan seorang ‘jurutera’  Afrika Selatan yang bekerja di New Zealand.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata mangsa yang berusia 54 tahun itu telah berkenalan dengan lelaki warga asing itu melalui Facebook pada April lepas dan meneruskan perkenalan sehingga ke aplikasi WhatsApp dengan menggunakan nombor telefon antarabangsa.

Beliau berkata mereka tidak pernah berjumpa dan sejak April, suspek telah meminta mangsa yang bekerja sendiri mendahulukan wangnya bagi membeli bahan mentah bagi satu projek yang tidak diketahui.

“Akibat mempercayainya, mangsa telah membuat 37 transaksi ke empat akaun berbeza berjumlah RM1,445,900.

“Tidak lama kemudian, mangsa menerima panggilan daripada sebuah syarikat penghantar barang (Global International Diplomatic Services) memaklumkan terdapat ‘kiriman’ dipercayai daripada suspek untuk mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata pada 8 Sept lepas, dua suspek telah bertemu mangsa dan membawa beg berisi wang US$4,200 (kira-kira RM19,813,500) dipercayai kiriman untuk mangsa.

Bagaimanapun, mangsa perlu mempunyai Origin Certificate (sijil asal) dan Ownership Certificate (sijil pemilikan) untuk menerima kiriman itu dan sekiranya tidak, mangsa perlu membayar yuran simpanan sebanyak RM170,000.

"Kerana telah kehabisan wang, mangsa telah menolak untuk membuat pembayaran berkenaan dan hanya sedar bahawa dia ditipu suspek serta tampil membuat laporan polis pada awal bulan ini,” katanya.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan tiga suspek warga Afrika yang disyaki terlibat dalam kes itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati kesemua suspek merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan telah berada di Malaysia sejak 2019.

Menurutnya, kesemua suspek yang berumur lingkungan 35 hingga 48 tahun itu direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad