web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aksesori Di Kuantan Art Street Rosak Akibat Vandalisme

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 8:10PM

Imej rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memanjat basikal yang dijadikan aksesori di Kuantan Art Street.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung menyaksikan beberapa aksesori di sepanjang ‘Kuantan Art Street’ yang terletak di laluan belakang Jalan Besar, dekat sini, menjadi mangsa vandalisme.

Kerosakan aksesori itu mencacatkan keunikan lukisan mural dihasilkan sekumpulan anak muda, yang menggelarkan diri mereka Project ZeroSix melalui kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), awal tahun lalu.

Tinjauan di sekitar laluan pejalan kaki itu mendapati, antara aksesori dikesan menjadi mangsa vandalisme ialah papan luncur dan meja kopi, selain kerosakan disebabkan sikap pemilik premis perniagaan berhampiran kawasan berkenaan.

Antara aksesori disediakan di Kuantan Art Street yang rosak akibat vandalisme.
Antara aksesori disediakan di Kuantan Art Street yang rosak akibat vandalisme.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal ketika dihubungi berkata, terdapat beberapa elemen kerosakan dikesan hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit.

“Sikap seperti ini sangat mendukacitakan dan kita mendapati ada juga kerosakan pada bahagian dinding di laluan itu, apabila ia ditebuk pemilik premis perniagaan hingga mencacatkan lukisan atau mural yang akhirnya merosakkan pemandangan pengunjung.

“Kalau kita tengok di tempat lain yang ada ‘Street Art’ seperti ini, tidak apa kerosakan atau isu vandalisme dilaporkan, tetapi di Kuantan, memang tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Nor Kamawati berkata, pihaknya turut mengesan kerosakan kepada alat aksesori tambahan seperti meja kayu dan papan luncur, namun aksesori tambahan lain seperti bot, kerusi gunting rambut dan basikal masih dalam keadaan baik.

“Kita ada rakaman CCTV seorang lelaki dewasa memanjat basikal yang dijadikan aksesori di ‘Art Street’ berkenaan dan sikap seperti ini sangat tidak boleh diterima,” katanya.

Mohd Amir Farouk
Mohd Amir Farouk

Sementara itu, seorang daripada ahli Project ZeroSix, Mohd Amir Farouk ketika dihubungi memaklumkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai isu vandalisme di kawasan berkenaan dan kerja baik pulih akan dimulakan petang ini.

“Kebanyakan aksesori yang mengalami kerosakan akan dibaiki petang nanti dan kami sedang mengumpul barangan bagi kerja baik pulih itu.

“Kita harap masalah seumpama ini tidak berulang dan semua warga Kuantan patut menghargai keindahan dan keunikan ‘Art Street’ yang sepatutnya menjadi kebanggaan kita semua,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad