Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PICKids Bermula Baik, Ibu Bapa Mahu Lindungi Anak Dari Bahaya COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 6:13PM

Ibu bapa bersama anak-anak beratur untuk masuk ke dalam WTCKL sempena program PICKids. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang bermula serentak di seluruh negara hari ini bermula dengan baik, walaupun masih ramai ibu bapa bimbang dengan kesan sampingan ke atas anak masing-masing.

Tinjauan Getaran di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur mendapati, kanak-kanak  yang tiba di PPV WTC seawal jam 12 tengah hari bersama penjaga, diberi belon dan cenderahati bagi menyuntik keceriaan serta menghilangkan rasa takut dialami.

Fenix Wong Qing  lapan tahun, dan kakanya Vydia Wong Xin 10 tahun daripada Kepong, sangat teruja untuk mendapatkan vaksin PICKids di WTCKL. Mereka tiba bersama ibunya seawal jam 10.30 pagi lagi.
Fenix Wong Qing lapan tahun, dan kakanya Vydia Wong Xin 10 tahun daripada Kepong, sangat teruja untuk mendapatkan vaksin PICKids di WTCKL. Mereka tiba bersama ibunya seawal jam 10.30 pagi lagi.

Mereka yang tiba mulai jam 10.30 pagi bersama ibu bapa masing-masing kelihatan gementar, namun mengakui teruja untuk menerima suntikan berkenaan.

Suri rumah, Suizairah Salim, 47 berkata, beliau tidak dapat lari daripada berasa bimbang terhadap kesan sampingan yang mungkin berlaku, namun memutuskan untuk meneruskan pengambilan vaksin selepas menerima nasihat pakar.

Suizairah Salim memberikan sokongan penuh buat anaknya yang berusia lapan tahun. Walaupun bimbang dengan kesan sampingan, tetapi Suizairah yakin keputan yang dibuat adalah yang terbaik buat anaknya. - Gambar oleh Mastura Malak
Suizairah Salim memberikan sokongan penuh buat anaknya yang berusia lapan tahun. Walaupun bimbang dengan kesan sampingan, tetapi Suizairah yakin keputan yang dibuat adalah yang terbaik buat anaknya. - Gambar oleh Mastura Malak

“Saya mahu menjalankan tugas sebagai ibu untuk melindungi anak daripada bahaya COVID-19. Tambahan pula bila anak mahu masuk belajar pada Mac nanti, saya tidak perlu terlalu risau sekiranya dia terdedah dengan virus berkenaan,” katanya ketika ditemui Getaran.

Pendapat sama turut disuarakan Sheryl Cornelius, 36 juga seorang suri rumah.

Sheryl Cornelius bersama anaknya berusia tujuh tahun melahirkan rasa teruja untuk mengambil suntikan vaksin untuk Program PICKids di WTCKL hari ini. - Gambar oleh Masutra Malak
Sheryl Cornelius bersama anaknya berusia tujuh tahun melahirkan rasa teruja untuk mengambil suntikan vaksin untuk Program PICKids di WTCKL hari ini. - Gambar oleh Masutra Malak

“Saya menyambut baik saranan kerajaan untuk menjayakan PICKids yang bermula  hari ini.

“Macam-macam info yang saya baca melalui internet mengenai kelebihan dan keburukan pengambilan vaksin untuk kanak-kanak, tetapi saya yakin dengan keputusan meneruskan suntikan kepada anak saya yang berusia tujuh tahun. Sedikit sebanyak ia mengurangkan rasa bimbang setiap kali dia ke sekolah,” katanya.

Turut tidak ketinggalan mengambil suntikan itu ialah seorang pesara tentera, Zulkifflee Abdul Latiff, 48, yang membawa dua anaknya, masing-masing berusia 10 dan 7 tahun, Muhammad Latiff Iskandar Zulkifflee serta Muhammad Iskandar Zulqarnain Zulkiflee.

Zulkifflee berkata, beliau sebagai bekas penjawat awam amat menyokong semua usaha bagi menyekat penularan COVID-19 di Malaysia.

“Saya mempunyai lapan anak, enam daripadanya berumur 18 tahun hingga 25 tahun sudah selesai mengambil vaksin.

“Jadi saya ke WTC hari ini, bagi menjalankan tanggungjawab sebagai bapa, membawa dua lagi anak mendapatkan vaksin COVID-19. Ketika kerajaan buat pengumuman untuk daftar anak seawal umur lima tahun hingga 11 tahun ambil vaksin pada 22 Januari lalu, saya terus daftar menerusi MySejahtera,” katanya.

Persara tentera, Zulkifflee Abdul Latiff, 48, bersama anak kelimanya Muhammad Latiff Iskandar Zulkifflee, 10 tahun. - Gambar oleh Sairien Nafis
Persara tentera, Zulkifflee Abdul Latiff, 48, bersama anak kelimanya Muhammad Latiff Iskandar Zulkifflee, 10 tahun. - Gambar oleh Sairien Nafis

Mengulas lanjut, Zulkefflee yang menetap di Puncak Alam berkata, dia tidak kisah perlu melakukan perjalanan jauh demi mendapatkan suntikan berkenaan untuk kedua-dua anaknya.

“Saya tidak sangka dapat hari ini, walaupun temu janji agak jauh tetapi pada saya berbaloi bagi memastikan semua anak-anak dilindungi daripada virus COVID-19,” ujarnya.

Sementara itu, Muhammad Latiff Iskandar yang bakal menduduki tahun empat Mac depan berkata, pada awalnya dia takut untuk disuntik, selepas menyaksikan kesan sampingan dialami kakaknya, iaitu demam.

“Saya takut nak suntik vaksin sebab sebelum ini, kakak saya demam panas teruk. Tetapi selepas ayah dan ibu pujuk, saya kembali yakin. Adik saya pun tidak takut tadi. Selepas vaksin tak rasa sakit sangat, jadi sekarang saya dah okay,” katanya.

Selain PPV WTCKL, tiga lagi PPV Integrasi yang beroperasi mulai hari untuk PICKids ialah PPV Axiata Arena, Bukit Jalil, PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan Hospital Tunku Azizah (HTA). 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam memaklumkan, seramai 517,107 kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun di negara ini sudah didaftarkan oleh ibu bapa mereka untuk menerima vaksin Pfizer COVID-19, setakat semalam.

Angka itu merangkumi kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan kohort 3.6 juta kanak-kanak. - Getaran, 3 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Aliran Trafik Mulai Sesak Di Plaza Tol Gombak Setakat 11 Pagi Ini

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Alhamdulillah Selesai Tinjauan Di Selangor, Harapan Cerah PN Rampas Kerajaan Negeri’

3

Politik 1 tahun yang lalu

Tinjauan: Pengundi Mahu BN Bekerjasama Dengan PH Atau PN Selepas PRU-15

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRU-15: BN Dijangka Menang, Ismail Sabri Pilihan Utama PM

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 10 jam yang lalu

Nenek Meninggal Dunia Ditimpa Pokok Kekabu

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 10 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket