web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adakah Malaysia Ketandusan Pemimpin Wanita?

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 7:45AM

Dr Jamaluddin Aziz - Gambar dari UKM.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peranan wanita kian berubah seiring dengan peredaran masa dan golongan ini berupaya menggalas tanggungjawab yang besar dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan progresif.

Namun, satu tinjauan ringkas mengenai pemimpin pelapis pilihan pembaca yang dijalankan media tempatan baru-baru ini telah menimbulkan persoalan apabila tiada nama pemimpin wanita disenaraikan sebagai pilihan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Adakah wanita masih kurang diberi perhatian dalam arena politik tanah air, pentadbiran kerajaan mahupun dalam bidang-bidang penting, sekali gus penerimaan wanita masih konservatif dalam kalangan masyarakat berbanding lelaki?

Pakar Gender Profesor Madya Dr Jamaluddin Aziz berkata walaupun beberapa jawatan penting di Malaysia diisi golongan wanita tetapi masih terdapat jurang perbezaan statistik dan persepsi rakyat Malaysia mengenai penglibatan wanita dalam bidang-bidang tertentu.

Beliau berkata hanya lapan atau 18 peratus daripada 43 jawatan tertinggi kerajaan seperti Ketua Setiausaha kementerian atau pengarah sesebuah kementerian yang diisi di negara ini dipegang oleh kaum hawa.

Bagaimanapun, apabila dibandingkan dengan laporan Grant Thornton International Business Report (IBR), wanita merangkumi 33 peratus jawatan dalam pengurusan kanan dalam syarikat swasta di Malaysia. Terdapat perubahan di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia itu memperincikan Indeks Jurang Gender Global 2020 yang menunjukkan penglibatan wanita agak menurun iaitu jatuh tiga anak tangga (104) berbanding 2019 dan katanya, ia menjelaskan terdapat kelemahan dan wujudnya jurang gender di negara ini.

Justeru, Dr Jamaluddin yang pernah berkhidmat sebagai Pakar Gender Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menegaskan kesaksamaan gender bukan bermaksud 50/50 iaitu angka wanita dan lelaki adalah sama atau separuh.

Menurut kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, penyertaan wanita masih rendah iaitu 55.6 peratus pada 2019 jika dibandingkan dengan Singapura (69.1 peratus).

Mengulas mengenai penglibatan wanita dalam dunia politik negara, penganalisis politik dan perundangan Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata politik di Malaysia terikat dengan struktur organisasi sebuah parti politik yang mempunyai kuota tersendiri merangkumi wanita, pemuda dan puteri.

Oleh itu, beliau berkata sudah tiba masanya bagi sayap wanita setiap parti politik untuk lebih lantang dalam permintaan bagi menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sebenarnya ramai pemimpin wanita yang berkaliber, ramai berpotensi menjadi calon pilihan raya dan memegang jawatan kanan dalam kerajaan. Jadi, kuota yang diagihkan parti politik itu perlu disemak semula,” katanya.

Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara itu berkata politik tanah air memerlukan anjakan paradigma dalam memilih calon pilihan raya dan menyemak semula agihan mengikut sayap supaya selaras dengan keadaan semasa.

Beliau juga berpandangan bahawa pemimpin ‘warga emas’ perlu digantikan dengan pemimpin muda atau wanita bagi mentadbir negara.

Malaysia mempunyai 33 ahli Parlimen wanita daripada 222 secara keseluruhan iaitu 14.9 peratus.

Sementara itu, Pegawai Kanan Advokasi Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Rusni Tajari berkata  golongan wanita masih berdepan stereotaip yang dibebankan kepada mereka yang tugas dan peranan wanita terbatas di rumah.

Beliau berkata ‘toksik maskuliniti’ iaitu budaya kepimpinan yang berunsurkan lelaki juga masih berleluasa dan masyarakat menganggap hanya lelaki sahaja yang boleh menjadi pemimpin organisasi atau negara.

Menurutnya, perkara tersebut dapat dilihat apabila kes keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan gender semakin meningkat sepanjang tahun lepas.

“Statistik WAO menunjukkan pihaknya menerima 1,442 panggilan talian keganasan domestik pada Januari hingga Oktober 2020 manakala 1,496 aduan diterima menerusi applikasi WhatsApp, Think I Need Aid (TINA) bagi masalah yang sama. Ia meningkat berbanding 579 (panggilan) dan 816 aduan menerusi TINA pada 2019,” tegasnya.

Beliau mendedahkan wanita yang masih dilihat lemah dan sering ditindas adalah daripada kategori golongan B40 dan minoriti seperti Orang Asli dan pelarian.- Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad