web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jenazah Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2022 3:36PM

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof memberi penghormatan terakhir terhadap Allahyarham Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Masjid Jamek Negeri Sarawak hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 100 tahun semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini kira-kira pukul 2.30 petang.

Terdahulu jenazah Allahyarham Tun Salahuddin dibawa ke Masjid Jamek Negeri kira-kira pukul 11.30 pagi untuk penghormatan terakhir, dan urusan solat jenazah dipimpin oleh Imam Besar Sarawak Datuk Mustapha Kamal Abdul Rahman selepas solat fardu Zohor.

Antara barisan tertinggi kepimpinan negeri yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir ialah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta barisan menteri kabinet negeri, selain Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Abang Muhammad Salahuddin yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981, dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014.

Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali.

Abang Johari menyifatkan Allahyarham sebagai seorang pejuang dan watak penting ketika Sarawak memutuskan untuk bergabung dengan Tanah Melayu dalam membentuk Malaysia, dan merupakan antara pemimpin terpilih untuk ditemu duga oleh Suruhanjaya Cobbold yang membawa ke era kemerdekaan.

“Tun Salahuddin juga telah dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali. Ini melambangkan ketokohan Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum dan bangsa di Sarawak.

“Atas nasihat dan kepimpinan Allahyarham, kita dapat menikmati apa yang kita lihat pada hari ini dan hari ini Sarawak telah kehilangan insan yang besar jasanya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Jamek Negeri di sini hari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek