web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Video Lelaki Gaduh Guna Senjata Tajam Tular

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 9:43PM

Tangkapan layar menunjukan sekumpulan lelaki bergaduh dengan menggunakan objek dipercayai senjata tajam di Tawau, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sekumpulan 20 lelaki bergaduh sesama sendiri menggunakan senjata tajam dalam kejadian di Pusat Komersial Kubota Square di sini, malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 12 malam itu, dikesan selepas sebuah video berdurasi 30 saat memaparkan insiden tersebut tular di media sosial.

Menerusi video dipercayai dirakam orang awam itu, pergaduhan bermula di sebuah premis pusat hiburan sebelum berlanjutan ke kawasan letak kenderaan berhampiran.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan punca sebenar pergaduhan itu.

Rakaman berkenaan turut mendapat reaksi netizen yang meluahkan kebimbangan dan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadap insiden tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Setakat ini, tiada pihak tampil membuat aduan mengenai perkara itu.

“Bagaimanapun, kami akan meneliti dan menyiasat kesahihan video tersebut,” katanya. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Asyik Main Dam, Atuk Tak Peduli 'Serangan' Kelekatu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Ditahan Bergaduh Di Kasino, Saki-Baki Terlibat Diburu Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pasal Bak Kut Teh Pun Nak Gaduh Ke? Dr Akmal, Fokuslah Kepada Rakyat!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Bantu Siasatan Kes Gaduh Berkaitan Perlawanan Bola Sepak

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 25 minit yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad