web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pasal Bak Kut Teh Pun Nak Gaduh Ke? Dr Akmal, Fokuslah Kepada Rakyat!

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 8:02PM

Penyenaraian bak kut teh sebagai makanan warisan menerima kecaman ramai kerana ia haram dimakan umat Islam - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kredibiliti dan kewibawaan sebagai pemimpin tidak sewajarnya dicemari dengan elemen negatif, termasuk mengeluarkan kenyataan berunsur radikal.

Atas dasar ini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh seharusnya menghentikan perbuatan ‘mengocak di air tenang’, dan lebih menumpukan kepada usaha membawa suara rakyat.

Menegaskan perkara itu, Presiden Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramaih berkata, Dr Akmal mutakhir ini kerap kali mengeluarkan kenyataan bernada keras yang boleh ‘menghancurkan’ ukhwah dibina dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, kenyataan terbaru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu yang mempertikaikan penyenaraian bak kut teh (BKT) sebagai antara makanan warisan negara dilihat agak keterlaluan.

“Saya tidak nampak apa salahnya BKT disenaraikan. Lagipun penyenaraian BKT dibuat bersama sembilan hidangan lain, bukan sebagai makanan tunggal disenaraikan.

“Bukankah Malaysia ini penduduknya berbilang kaum? Bukan hanya dihuni oleh kaum atau penganut agama tertentu sahaja,” katanya, kesal. 

Shanmugam Ramaih - gambar fail
Shanmugam Ramaih - gambar fail

Bercakap kepada Getaran di sini hari ini, Shanmugam berkata, gesaan dibuat Dr Akmal agar Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing juga jelas menggambarkan kebiadaban beliau.

“Mengapa pula (Datuk Seri) King Sing hendak disalahkan? Beliaukah yang mengumumkan penyenaraian itu? 

“Saya sebenarnya tak faham, mengapa isu BKT ini hendak dimanipulasi sehingga menjadi satu polemik perkauman. Ia hanya disenarai sebagai makanan warisan, bukannya makanan rasmi negara,” katanya.

Jelas Shanmugam, Dr Akmal atas kapasiti sebagai ADUN seharusnya memberi tumpuan kepada permasalahan dan isu menyelubungi rakyat, berbanding ‘mengambil bahagian’ dalam perkara remeh-temeh.

“Kenapalah mahu bergaduh untuk perkara tidak penting? Rakyat sedang kesusahan kerana kenaikan harga barangan, peningkatan kos sara hidup. Bukankah itu adalah pressing matters yang perlu ditangani sebaiknya?

“Sekarang satu dunia boleh melihat pemimpin di Malaysia hanya sibuk bertengkar isu BKT sedangkan ada perkara lain terbiar tanpa perhatian,” katanya, sinis.

Dr Muhamad Akmal Saleh - gambar fail
Dr Muhamad Akmal Saleh - gambar fail

Beliau menarik perhatian, Dr Akmal juga tidak seharusnya mempertikaikan tindakan diambil ke atas mantan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar  yang diturunkan pangkat baru-baru ini.

Tegasnya, King Sing selaku menteri mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan seumpama itu ke atas sesiapa sahaja yang gagal mencapai tanda aras prestasi ditetapkan.

“Saya percaya seluruh jentera Tourism Malaysia bersetuju dengan tindakan diambil, termasuk Timbalan Menteri. Apa yang mahu dihairankan? Ammar pun bukan dipecat. Beliau hanya diturunkan pangkat. Barisan menteri Kabinet pun ada yang ditamatkan tugas atau ditukar portfolio apabila rombakan dibuat, jadi apa yang luar biasa.

“Kenapa nak cakap pasal penuruan pangkat Dr Ammar sahaja? Kenapa tidak ada orang cakap tentang pengalaman 33 tahun KP yang baharu? Berilah motivasi untuk beliau bantu MOTAC naikkan imej,” tegasnya.

Sabtu lalu, Pesuruhjaya Warisan, Mohamad Muda Bahadin mengumumkan penyenaraian 10 hidangan unik Malaysia sebagai makanan warisan negara.

Selain BKT, turut disenaraikan adalah mi kolok, nasi ambeng, burasak, kuih lapis, uthappam, jeruk tuhau dan sejenis minuman dikenali sebagai air katira. - Getaran, 29 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dr Akmal Letak Jawatan Exco Melaka, Rayu UMNO Terima Semula Bekas Ahli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Ditahan Bergaduh Di Kasino, Saki-Baki Terlibat Diburu Polis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan 3 Lelaki Bantu Siasatan Kes Gaduh Berkaitan Perlawanan Bola Sepak

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar