web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KDN Kena Hentikan Intimidasi Politik, Salah Guna Aset Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 9:13PM

Nurul Izzah (dua kiri) bercakap kepada media selepas ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai memberi keterangan di Bukit Aman. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung penerbitan buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ dengan memanggil ahli politik untuk memberi keterangan adalah intimidasi politik.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, berkata apabila mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipanggil untuk siasatan buku berkenaan ia adalah kemuncak kepada intimidasi politik.

Justeru, beliau mendesak supaya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menghentikan intimidasi terhadap ahli politik.

“Pada saya ia adalah intimidasi politik. Kita lihat salah guna penggunaan aset negara, iaitu polis sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita tahu terdapat pelbagai masalah yang menjejaskan negara dan bentuk intimidasi seperti ini kita tidak boleh bertolak ansur lagi,” katanya ketika ditemui di Bukit Aman hari ini.

Terdahulu, Dr Wan Azizah hadir ke Bukit Aman bagi  membantu siasatan dalam penerbitan buku bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ tulisan Tommy Thomas.

Peguam mewakili Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Selayang, William Leong, berkata anak guamnya bukan disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebaliknya siasatan dijalankan terhadap Tommy Thomas.

Dalam pada itu, Nurul Izzah turut menggesa kerajaan memberikan tumpuan terhadap menyelesaikan masalah rakyat.

“Kita faham polis hanya melakukan tugasan mereka, namun punca kuasa pihak yang mengeluarkan arahan perlulah bertanggungjawab,” katanya. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Sorotan

1

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

2

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

3

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

4

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

5

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

6

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 6 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad