web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


19 Kes Omicron, 15 Kluster Pendidikan Di Pahang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 6:51PM

Dr Nor Azimi (kanan) memberi penerangan kepada pemilik premis perniagaan ketika operasi bersepadu mega JPN Pahang hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang merekodkan 19 kes positif COVID-19 varian Omicron dan 15 kes kluster institusi pendidikan di negeri ini, setakat semalam.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, semua kes positif Omicron itu dikesan hasil saringan dijalankan terhadap jemaah yang baru pulang menunaikan umrah.

“Daripada 19 kes itu, lima direkodkan di Jerantut, manakala di Kuantan (7), Rompin (2), Temerloh (4) dan Bentong (1).

“Walaupun jumlah kes positif COVID-19 harian di Pahang menunjukkan peningkatan kerana sebelum ini kita rekodkan kira-kira 200 kes sehari dan sekarang lebih 300 kes (sehari), ia masih terkawal,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kluster institusi pendidikan berkenaan pula, Dr Nor Azimi berkata, seramai 554 pelajar, termasuk sekolah rendah dan menengah disahkan positif COVID-19 hasil saringan dilakukan JKN Pahang.

Dr Nor Azimi (kiri) memeriksa peti sejuk beku di sebuah restoran ketika operasi bersepadu mega JKN Pahang hari ini.
Dr Nor Azimi (kiri) memeriksa peti sejuk beku di sebuah restoran ketika operasi bersepadu mega JKN Pahang hari ini.

Katanya, punca kluster pendidikan itu adalah tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kurang memuaskan dalam kalangan pelajar, terutama di asrama.

Beliau berkata, sikap pihak tertentu yang bergejala tetapi menghadiri kelas atau mengajar turut mengakibatkan penularan kes di institusi pendidikan berkenaan.

“Jadi, kita harap perkara seperti ini diberi perhatian oleh ibu bapa, pelajar, guru atau kakitangan sekolah dan institusi (pendidikan) terbabit supaya kita dapat memastikan tidak ada lagi kluster baharu muncul,” katanya.

Ketika ditanya mengenai pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids ) bagi golongan itu yang berusia lima hingga 11 tahun bermula 3 Februari ini, Dr Nor Azimi berkata, seramai 205,386 murid sekolah rendah di Pahang layak menerima suntikan berkenaan. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 7 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad