web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


624,000 Vaksin COVID-19 Kanak-Kanak Tiba di Malaysia Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2022 5:46PM

Vaksin Pfizer tiba di Lapangan Terbang Subang pada 7.15 pagi tadi. - Gambar dari Facebook KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 624,000 dos vaksin jenis mRNA Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech) tiba di Kompleks Raya, Subang hari ini.

Penghantaran pertama itu akan digunakan bagi suntikan imunisasi COVID-19 untuk kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun bermula 3 Februari ini melalui Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids).

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pesawat TH383 milik Raya Air yang digunakan untuk menghantar vaksin tersebut mendarat pada jam 7.15 pagi tadi.

“Perjalanan vaksin dari kilang Pfizer di Belgium diuruskan syarikat farmaseutikal tersebut dan DHL, peneraju dalam industri logistik.

“Vaksin ini dibawa dari Puurs, Belgium dan transit di lapangan terbang di Jerman, iaitu Leipzig Halle Airport, sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura untuk pengedaran ke Malaysia,” katanya.

Menurut KKM, sebanyak 72 kotak Sotbox Vaksin akan dihantar ke 52 pusat simpanan Vaksin Ultra Low Freezer (ULTF) di 12 negeri seperti Pahang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuah, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, bagi kawasan utara seperti Kedah, Perlis, Perak, vaksin tersebut akan terus dihantar melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

“Proses pemindahan vaksin yang ditempatkan dalam ULTF dari bahagian kargo pesawat ke trak milik sebuah syarikat logistik, DHL Express berlangsung di kawasan Transmile Cargo Kompleks Raya Subang.

“Selesai proses pemindahan, trak syarikat logistik itu diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ke lokasi penyimpanan vaksin ditetapkan sebagai langkah keselamatan,” katanya.

Sementara itu, KKM memaklumkan vaksin tersebut akan dihantar ke 16 lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara.

Jelasnya, ini termasuk penghantaran menerusi udara dari Subang ke Sabah dan Sarawak mengikut jadual penerbangan ditetapkan.

Dianggarkan seramai empat juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun layak menerima vaksin COVID-19.

“Sebagai permulaan, pemberian vaksin Pfizer akan dilaksanakan di Lembah Klang melalui hospital bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah perubatan.

“Manakala pemberian vaksin bagi kanak-kanak yang tiada masalah perubatan akan diberi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi,” katanya.

KKM berkata, ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia lima hingga bawah 12 tahun boleh membuat tempahan melalui Sistem Tempahan Janji Temu di Aplikasi MySejahtera.

“Sehingga hari ini, 484,639 kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun mendaftar di MySejahtera.

“Melalui kaedah ini, ibu bapa atau penjaga boleh memilih lokasi serta masa vaksinasi yang sesuai untuk anak mereka,” katanya.

Justeru, KKM mempelawa ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang tinggal di Lembah Klang untuk membuat tempahan janji temu untuk anak-anak mereka.

Katanya lagi, pelaksanaan sistem janji temu itu akan diperluaskan ke negeri lain dalam masa terdekat. - Getaran, 28 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad