web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tarif Baharu Elektrik Sebelum 1 Februari - Takiyuddin Hassan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 4:01PM

Takiyuddin Hassan (tengah) - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAKA - Putrajaya akan mengumumkan tarif baharu elektrik sebelum 1 Februari depan, kata Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut beliau, keputusan berhubung tarif baharu itu sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

“Kita telah berbincang dengan Kabinet sebanyak enam kali berturut- turut. Alhamdullilah semalam kita telah muktamadkan.

“Jadi saya rasa tak lama lagi kita akan umumkan. Kita akan laksanakan IBR (Kawal Selia Berasaskan Insentif) pada 1 Februari bagi tempoh tahun ketiga. Jadi anda boleh tekalah bila kita laksanakan, mungkin sebelum dari pengumuman IBR,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pelaksanaan tarif baharu elektrik.

Takiyuddin memberi jaminan, tarif baharu itu dijamin tidak akan membebankan rakyat.

Awal Januari lepas beliau dipetik sebagai berkata, kerajaan akan mempertimbangkan semula kadar tarif elektrik negara ini bagi tempoh 2022 sehingga 2024.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, kajian kerajaan berhubung pelaksanaan tarif baharu elektrik itu mengambil kira keadaan negara ini yang baru pulih daripada COVID-19 dan krisis ekonomi.

“Kadar tarif elektrik untuk pengguna industri dan komersial juga mungkin akan ada pengubahsuaian,” katanya.

Untuk rekod, jumlah keseluruhan pengguna elektrik di seluruh negara adalah sebanyak 8 juta, dengan 85 peratus terdiri daripada golongan domestik, manakala selebihnya ialah komersil dan industri. – Getaran, 27 Januari 2022

Keterangan Gambar :

Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Putrajaya akan umum tarif baharu elektrik 1 Februari ini.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Minta Orang Ramai Jaga Keselamatan Elektrik Ketika Banjir

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: Lebih 2,500 Kakitangan TNB Pastikan Bekalan Elektrik Stabil Sabtu ini 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kedah Bakal Hilang Pelabur Di KRC Jika Gagal Tangani Masalah Elektrik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hanya 1% Pengguna Domestik Terjejas Kenaikan Tarif Elektrik

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad