web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kesihatan Dr Mahathir Tunjuk Peningkatan - Marina

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 8:37PM

Dr Mahathir meminta orang ramai jangan terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan peningkatan hari ini, kata Datin Paduka Marina Mahathir.

Anak sulung bekas perdana menteri itu berkata selera makan Dr Mahathir bertambah baik, malah sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisinya.

“Tun Dr Mahathir juga diberitahu mengenai ucapan selamat yang disampaikan oleh begitu ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.

“Tun Dr Mahathir berserta keluarga berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih,” kata Marina dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Dr Mahathir yang akan terus mendapat rawatan di IJN di bawah pengawasan pakar tempatan, meminta orang ramai agar tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya.

“Buat masa ini, pihak IJN tidak membenarkan pelawat selain keluarga terdekat,” katanya.

Sabtu lepas, Marina dalam kenyataan memaklumkan bahawa keadaan Dr Mahathir stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Januari lepas.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari bagi menjalani prosedur perubatan elektif sehari selepas itu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 bulan yang lalu

Dr Mahathir Pecah Belahkan Melayu Dan Negara 

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keadaan Abdul Hadi Stabil, Akan Keluar IJN Dalam Masa Terdekat - Anak

4

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad