web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


18 Pelajar Asrama Tawau Positif, Cetus Kluster Sri Balung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2022 8:33PM

Masidi Manjun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sabah kembali merekodkan kluster baharu berkaitan institusi pendidikan selepas 18 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung disahkan positif COVID-19.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, jangkitan itu mencetuskan Kluster Sri Balung selepas tiada kluster baharu direkodkan dalam tempoh tiga hari sehingga semalam.

“Kes indeks bermula daripada seorang pelajar asrama lelaki di sekolah berkenaan yang mula bergejala 19 Januari lalu.

“Dua hari kemudian, pelajar ini disahkan positif COVID-19 menerusi ujian RTK Antigen,” katanya, hari ini.

Menurut beliau, hasil saringan kontak rapat mendapati 17 pelajar lain turut disahkan positif kategori satu dan dua, sebelum diasingkan untuk rawatan.

Sebelum ini, lima sekolah di Sabah mencetuskan kluster baharu sepanjang minggu lalu bermula Kluster Pandan-Pandan, Putatan dan Kluster Jalan Pertukangan, Sandakan.

Tiga lagi kluster lain adalah Puri (Ranau), Jalan Kepayan Lama (Tambunan) dan Jalan Bypass Kologon (Ranau).

Sementara itu, kes positif COVID-19 baharu di Sabah hari ini meningkat hampir dua kali ganda, iaitu 314 berbanding 118  semalam.

Empat daerah dikenal pasti merekodkan jangkitan baharu yang tinggi iaitu Sandakan sebanyak (68 kes), Kota Kinabalu (61), Beaufort (39) dan Tuaran (34). - Getaran, 25 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 14 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 10 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad