Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia, Indonesia Setuju Laksana Projek Rintis Pengambilan 10,000 PDI Bulan Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 2:18PM

M Saravanan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan projek rintis pengambilan 10,000 pekerja Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) dari negara jiran itu seawal bulan depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Projek rintis itu dijangka bermula seminggu selepas memorandum persefahaman (MoU) berhubung pengambilan dan penempatan PDI ditandatangani pada 7 dan 8 Feb ini di Bali.

“Perjumpaan hari ini saya lihat ada cahaya di hujung terowong ... kerajaan Indonesia dan Malaysia berkongsi hasrat yang sama untuk membela nasib pekerja imigran dan melindungi hak-hak mereka.

“Malaysia secara prinsipnya bersetuju untuk memperkenalkan pelbagai langkah untuk membela nasib imigran khususnya tenaga kerja Indonesia,” katanya kepada media setelah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Indonesia, Ida Fauziyah, di sini.

Saravanan menjelaskan projek rintis itu signifikan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan MoU yang akan dipantau oleh satu jawatankuasa khas dianggotai wakil kedua-dua negara dan seterusnya menambah baik sebarang kelemahan yang timbul.

Dalam pertemuan kali kedua dengan Ida Fauziyah dalam tempoh dua bulan itu, Saravanan berkata Indonesia turut bersetuju membenarkan kemasukan 10,000 tenaga kerja warga Indonesia untuk sektor perladangan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan selepas pertemuan, kementerian menjelaskan kebenaran itu merupakan permulaan kepada pengambilan 32,000 pekerja warga asing dalam sektor perladangan secara pengecualian khas sebagaimana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 April 2021.

MoU induk (yang bakal ditandatangani) telah dipersetujui kedua-dua negara termasuk isu-isu utama seperti One Maid One House, One Channel System dan gaji PDI.

One Maid One House akan menggantikan cadangan cadangan One Maid One Task iaitu satu PDI boleh digajikan bagi isi rumah tidak melebihi enam orang, manakala One Channel System akan dijadikan sebagai saluran tunggal kemasukan PDI ke Malaysia.

Isu berhubung struktur kos pengambilan akan dikaji setiap enam bulan bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan semasa mengambil kira antaranya seperti kos penerbangan dan kuarantin.

MoU PDI ditandatangani buat pertama kalinya pada 13 Mei 2006 di Bali dan susulan daripada itu, Protokol Meminda MoU PDI telah ditandatangani pada 31 Mei 2011 di Bandung yang telah tamat pada 30 Mei 2016. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PM, Menteri Saksi Pertukaran MoU Bernilai RM19.84 Bilion

3

Semasa 10 bulan yang lalu

22,000 Pesara Kerajaan Mangsa Scammer, Kerugian RM850 Juta

4

Semasa 10 bulan yang lalu

MoU Dengan Malaysia Untuk Pengambilan Pekerja India Sedang Dibincangkan, Kata Menteri India

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 15 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa 18 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad