web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Institusi Kewangan Islam, Cendekiawan Syariah Berperanan Penting Dalam Pemulihan COVID-19

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 11:46AM

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kalangan institusi kewangan Islam dan cendekiawan Syariah memainkan peranan penting dalam menyumbang pelbagai agenda serta kaedah bermakna bagi menjayakan proses pemulihan pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata institut kewangan Islam misalnya perlu memastikan aspek seperti perkhidmatan kewangan dapat menambah nilai serta menghasilkan impak positif ke atas ekonomi dan kemaslahatan masyarakat secara amnya dalam memenuhi tuntutan Islam dengan prinsip Syariah Islam digunapakai dalam pelaksanaannya.

“Dalam menangani impak COVID-19, saya penuh yakin bahawa nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan syarak merupakan asas pertimbangan penting bagi kerajaan dan industri kewangan Islam secara bersama (untuk) mengambil langkah mencapai tuntutan Maqasid Syariah yang menekankan kesejahteraan agama, kehidupan, akal, keturunan dan harta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam 2021 ke-14 yang diadakan secara maya, di sini, pada Khamis.

Muzakarah tersebut diadakan bersempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) Ke-16 yang bermula pada 9 Mac lepas.

Menjelaskan selanjutnya, Zulkifli menegaskan bahawa di Malaysia, tuntutan memenuhi Maqasid Syariah merupakan asas pertimbangan bagi beberapa keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) serta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“Misalnya, institusi perbankan Islam tidak dibenarkan mengambil kira keuntungan terakru bagi pembiayaan sedia ada dalam penentuan amaun prinsipal yang baharu merangkumi pembiayaan yang distruktur atau dijadual semula.

“Institusi perbankan Islam juga diingatkan supaya bersikap adil serta prihatin dalam berurusan dengan pelanggan serta perihal penentuan kadar keuntungan.

“Semua ini bertujuan meringankan bebanan yang dihadapi oleh pelanggan dan rakyat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19,” katanya.

Menurut Zulkifli, beberapa inisiatif produk muamalat agensi agama di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah seperti Inisiatif Waqaf dan Tabung Musaadah COVID 1.0 dan 2.0.

Inisiatif Waqaf merangkumi perkhidmatan wakaf kepada pemegang unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) manakala wakaf air telah mencecah kutipan RM223,461 setakat 31 Januari 2021.

Selain itu, Tabung Musaadah COVID 1.0 dan 2.0 pula berjaya menyalurkan sejumlah RM363.5 juta kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19 setakat November 2020, kata beliau.

Mengulas mengenai muzakarah yang bertemakan ‘Kewangan Islam Ke Arah Penyelesaian Ekonomi Semasa”, Zulkifli menyifatkan topik perbincangan seperti kewangan sosial Islam, takaful ketika COVID-19, fatwa-fatwa semasa kewangan Islam dan hala tuju kewangan Islam, amat wajar diperincikan serta sesuai dengan latar belakang ekonomi dan COVID-19 yang dihadapi sekarang.

“Kewangan Sosial Islam yang semakin popular serta selari dengan sistem kewangan moden di kebanyakan negara-negara Islam termasuk Malaysia, sewajarnya diperluas seperti perkembangan sistem kewangan Islam dan perbankan Islam.

“Sudah tentu usaha-usaha bersepadu pihak regulasi (pengawalseliaan) seperti BNM, SC, industri kewangan Islam dan cendekiawan kewangan Islam memperluaskan agenda Kewangan Sosial Islam juga sekali gus dapat melonjakkan sistem muamalat Islam,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Ekonomi, Teknologi AI Mampu Berkembang Jika Kerajaan Laksana 3 Perkara

2

Politik 3 tahun yang lalu

Negeri Pembangkang Tidak Pernah Dipinggirkan Kerajaan Persekutuan - Ismail Sabri

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Air Mata Deras Mengalir Lihat Hammad Hembus Nafas Terakhir’ - Zulkifli

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Masyarakat Kena Hati-Hati Bertindak, Tugas Menghukum Di Bahu Pihak Berkuasa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad