web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Urusniaga Tanah, Scammer Guna Khidmat Peguam Perdaya Mangsa

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 12:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembabitan dan khidmat peguam ketika mengendalikan urusan jual beli tanah bukan sahaja dapat menambah keyakinan pembeli, tetapi juga bagi memastikan proses urusniaga berjalan secara telus mengikut undang-undang.

Tapi bagaimana pula jika wujud penipuan, dan dalangnya ialah peguam itu sendiri?

Siapa pun tidak akan menyangka, ‘khidmat peguam’ adalah modus operandi terbaharu sindiket penipuan tanah, bagi memperdaya mangsa untuk melaburkan sejumlah besar wang milik mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Zainuddin Yaacob mendedahkan, kes seumpama itu diterima pihaknya, membabitkan satu urusniaga ke atas tanah yang tidak wujud sama sekali.

Bercakap kepada Getaran di sini, beliau berkata, mangsa hanya menyedari sudah ditipu selepas membuat pembayaran kepada scammer berkenaan.

Katanya, ada juga kes membabitkan penjualan tanah yang sudah dimiliki individu lain.

“Sekarang penipuan tanah nampak lebih meyakinkan sebab melibatkan peguam, jauh berbeza dengan dulu yang menyaksikan urusniaga dijalankan secara one to one.

“Siasatan kita mendapati, ada juga kumpulan peguam yang turut bersubahat dalam isu ini, selain ada juga hanya membabitkan penyamaran semata-mata, supaya nampak lebih meyakinkan dan bakal mangsa senang terpedaya,” katanya.

Zainuddin menarik perhatian, kebanyakan penipuan tanah didapati berlaku apabila ada individu yang tampil mengaku sebagai perantara atau pemilik sendiri.

“Mangsa lazimnya terdiri daripada pihak yang tidak arif dengan prosedur jual beli dan hanya menyedari tanah berkenaan sebenarnya sudah dimiliki apabila telah membuat pembayaran kepada scammer,” katanya.

Beliau menambah, majoriti mangsa terdiri daripada individu berusia 50 tahun ke atas dan lazimnya mereka menjadi pilihan kerana kedudukan kewangan yang lebih kukuh berbanding peringkat usia lain.

Statistik JSJK mendapati, penipuan tanah mencatatkan kerugian sebanyak RM160 juta, membabitkan 233 aduan, iaitu kategori penipuan kedua tertinggi diterima jabatan terbabit sepanjang tahun 2019.

Bilangan kerugian meningkat mendadak tahun lalu, membabitkan nilai RM243.6 juta, menerusi 149 aduan. - Getaran, 11 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad