web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3 Dos Vaksin Sinovac Berkesan Ke Atas Omicron - Kajian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 2:40PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Data penyelidikan terbaharu diterbitkan Sinovac Biotech Ltd menunjukkan bahawa tiga dos vaksin Sinovac COVID-19 menghasilkan antibodi peneutral yang lebih tinggi dalam 95 peratus penerima berbanding 3.3 peratus pada dos kedua terhadap varian yang dibimbangi  (VOC), termasuk Omicron.

Jurucakap Sinovac Biotech Ltd Pearson Liu dalam kenyataan dikeluarkan Pharmaniaga Berhad hari ini berkata penyelidikan itu memberi jaminan bahawa vaksin tidak aktif, iaitu antara vaksin paling banyak digunakan di seluruh dunia, kekal berkesan memerangi COVID-19.

“Ketika dunia sedang berusaha memerangi kemunculan varian baharu COVID-19, hasil penyelidikan ini menyokong regimen imunisasi tiga dos bagi memastikan perlindungan yang lebih baik terhadap COVID-19, sekali gus ia selari dengan nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  dan pihak berkuasa kesihatan tempatan di seluruh dunia bagi semua jenis vaksin COVID-19,” katanya.

Pharmaniaga adalah pembekal tunggal vaksin Sinovac di Malaysia. 

Menurut kenyataan itu, penyelidikan tersebut yang dikongsikan di jurnal perubatan bioRxiv, telah dijalankan di China dengan memeriksa tindak balas imun CoronaVac (Sinovac) ke atas 120 peserta.

Dalam penyelidikan yang dijalankan dalam kalangan peserta yang telah menerima tiga dos CoronaVac, para penyelidik mengasingkan 323 antibodi monoklonal manusia (antibodi yang dibuat dengan mengklonkan sel darah putih yang unik), yang menyasarkan pelbagai kawasan virus bagi pembunuhan yang berkesan.

Kenyatan itu menyebut daripada 323 antibodi tersebut, lebih 300 antibodi menunjukkan aktiviti pembunuhan yang memadai ke atas kebanyakan VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI), dan penyelidikan juga menunjukkan majoriti antibodi tersebut mempunyai keupayaan untuk bertindak balas dengan domain pengikat reseptor (RBD) Omicron.

Ia menambah kira-kira sedozen antibodi menunjukkan kesan peneutralan langsung dan sangat kuat untuk varian Omicron, dengan antibodi tersebut melaksanakan peneutralannya dengan menyekat secara terus interaksi antara virus dan sel manusia.

“Ini membuktikan bahawa dos penggalak vaksin Sinovac COVID-19 akan mengaktifkan sel T terhadap varian Omicron, dengan cara yang sama dengan strain asal," menurut kenyataan itu.

Pharmaniaga Berhad ialah syarikat farmaseutikal terkemuka milik kumpulan syarikat Boustead Holdings Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, yang kedua-duanya merupakan pemegang saham utama. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad