web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RFID Ibarat Rumah Tak Siap, Pengguna Patut Diberi Masa Sesuaikan Diri 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 8:20AM

Petugas PLUS menguruskan pengguna jalan raya yang gagal melepasi laluan sistem RFID di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelemahan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang mula dilaksanakan 15 Januari lalu terus hangat diperkatakan di media sosial.

Majoriti mengakui belum bersedia menggunakan sistem tersebut yang dianggap kurang efisien dan tidak mesra pengguna.

Nadzim Johan
Nadzim Johan

Keluhan orang ramai itu turut mendapat perhatian Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mengecam tindakan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kerana melaksanakan sistem itu secara terburu-buru.

Katanya, pengguna sepatutnya diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu itu.

“Kita dapat aduan ada pengguna yang terperangkap dalam kesesakan sampai berjam-jam, ada pula terpaksa undur sebab RFID tak detect dan macam-macam lagilah.

“Kenapa nak kelam kabut tukar sistem? Siapa punya idea tak masuk akal ini? Kalau ada lima kereta, pengguna kena beli lima pelekat. Ini bukan memudahkan tetapi menyusahkan rakyat,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Katanya, sistem RFID perlu ditambah baik terlebih dahulu sebelum dilaksanakan sepenuhnya jika benar-benar mahu memudahkan pengguna jalan raya.

“Tapi kita tengok sistem tu serupa macam rumah tak siap. Sepatutnya biarlah sistem tu dulu, tunggu tempoh lama sikit. Janganlah beri tekanan kepada pengguna jalan raya.

“Pengguna juga mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, Touch ‘n Go (TnG) ataupun SmartTAG. Nampaknya kerajaan kena cari ‘orang’ bijak sikit dalam mengurus sistem ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Mohd Ikhmal MohdIskandar berkata, kegagalan lorong RFID berfungsi dengan baik menunjukkan sistem itu belum layak digunakan secara mandatori di lebuh raya di negara ini.

Susulan itu, katanya, kerajaan perlu mengkaji semula keputusan untuk menggunakan RFID secara mandatori di lebuh raya seluruh negara.

“Saya mencadangkan agar lorong RFID dijadikan sebagai pelengkap kepada lorong TnG dan SmartTAG agar makcik Kiah dan Pak Mail yang datang dari kampung tidak kekok dan canggung apabila menggunakan lebuh raya di kawasan kota.

“Walaupun sebagus mana teknologi tapi jika ia gagal difahami dan digunakan sebaiknya, ia tetap dikira gagal mencapai tujuan teknologi itu direka,” katanya.

Mohd Ikhmal yang juga bekas penyelidik Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) berkata, kepincangan itu berpunca daripada pelbagai faktor seperti kegagalan mesin pengimbas untuk mengimbas Tag RFID yang dilekat di kereta pengguna.

Malah lebih memburukkan keadaan, katanya, pengguna tidak diberi panduan dan penerangan jelas daripada pihak pembekal RFID mengenai cara pemasangan dan mengendalikan Tag RFID dengan betul.

“Justeru, saya berpendapat pihak PLUS perlu memperkemas sistem pengimbas Tag RFID agar ia dapat berfungsi tanpa gagal.

“Di samping itu, sebagai langkah sementara, PLUS mungkin boleh menambah lorong RFID dalam mengurangkan kesesakan di plaza tol,” katanya.

Menurut beliau, pengeluar Tag RFID perlu segera mencari jalan penyelesaian dengan memastikan tag yang dijual berada dalam kualiti terbaik dan pengguna diberikan maklumat sewajarnya mengenai cara pemasangan pelekat itu.

Mohd Ikhmal turut meminta pihak PLUS mengenakan kos paling minimum agar lebih ramai pengguna boleh membeli pelekat tersebut.

“Ini kerana pada hemat saya harga RM35 sangat mahal dan tidak berbaloi. 

“Pihak pengeluar juga boleh berbincang dengan kerajaan untuk memberi Tag RFID ini secara percuma sama seperti dilakukan pada 2019/2020 yang lalu,” katanya. - Getaran, 21 Januari 2022

Sorotan

1

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

2

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

4

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

5

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

6

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad