web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lari Daripada Jagaan Polis, Long Tiger Dipenjara 12 Bulan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 7:19PM

Abdul Hamim Ab Hamid atau ‘Long Tiger’ dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak hari ini atas pertuduhan melarikan diri dari tahanan polis, bulan lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGKAK - Lelaki berketurunan Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ yang melarikan diri ketika menunggu proses perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pada Disember tahun lepas, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh mahkamah sama, hari ini.

Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Zaridah memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman berkenaan di Penjara Kluang bermula dari tarikh dia ditangkap pada 28 Disember.

Mengikut kertas pertuduhan, Abdul Hamim didakwa dengan sengaja melarikan diri daripada jagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mana tertuduh telah ditahan secara sah di sisi undang-undang atas kesalahan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Mahkamah Majistret Tangkak kira-kira 11.55 pagi, pada 15 Disember 2021 dan didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melarikan diri dari lokap mahkamah dengan menggunakan alasan untuk membuang air besar dan telah meminta anggota polis yang ditugaskan untuk membuka gari.

Tertuduh kemudian mengambil kesempatan itu ketika melihat pintu sel tidak berkunci dan bertindak melarikan diri keluar dengan menghala ke pintu utama mahkamah.

Ketika melarikan diri, tertuduh juga dikejar beberapa anggota polis, namun berjaya lolos dengan bersembunyi di kawasan semak samun berhampiran mahkamah sebelum berjaya melarikan diri ke Sungai Petani, Kedah.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Qaiyum Rahman.

Sementara itu, tertuduh pula diwakili peguam Datin Freda Josephine Gonzales dan Muhammad Hariz Md Yusoff.

Mahkamah turut menetapkan 14 dan 16 Februari ini untuk perbicaraan bagi kes lain iaitu Seksyen 388 kerana pemerasan, Seksyen 506 (ugutan bunuh) dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan (kurungan salah). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan