web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saham Azam Baki : Pembangkang Minta Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Diteruskan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 3:26PM

William Leong Jee Keen - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri daripada pembangkang, mahu mesyuarat membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki diteruskan, meskipun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membuat keputusan berhubung perkara itu.

William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) berkata pihaknya merayu Pengerusi Jawatankuasa itu Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) untuk mengadakan mesyuarat berkenaan secepat mungkin, kerana ia merupakan isu berkepentingan awam.

“Sekarang (mesyuarat) ditangguhkan, kita sedang menunggu nasihat daripada penasihat undang-undang Parlimen dan kita merayu kepada Pengerusi untuk mengadakan mesyuarat dengan secepat mungkin kerana ini adalah isu kepentingan awam,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) berkata jawatankuasa berkenaan perlu bermesyuarat untuk meneliti keseluruhan kes itu, termasuk mengenai jumlah pemilikan saham oleh seorang penjawat awam.

Mesyuarat berkenaan yang dijadual berlangsung semalam, ditangguh ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian berikutan terdapat beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan undang-undang terlebih dahulu, daripada pejabat penasihat undang-undang Parlimen.

Semalam, SC telah membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), berhubung akaun dagangan Azam.

Dalam satu kenyataan, SC menjelaskan bukti bebas yang dikumpulkan pada siasatan akaun dagangan Azam menunjukkan, beliau ialah pemegang akaun dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Spekulasi Kontrak Tak Disambung: ‘No Comment’ - Azam

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dakwaan PM Tangguh Laporan Pegangan Saham Azam Baki Tak Benar - Sumber

3

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja