web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebakaran Di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Bomba Guna Bom Air

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 3:47PM

Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung terbakar pada kira-kira jam 5 petang, Rabu lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan kaedah pengeboman air bagi memadam kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata pemadaman bermula pada 10 pagi itu dilakukan menggunakan dua helikopter milik JBPM dari Subang, Selangor dengan membabitkan lapan pegawai serta anggota bomba.

“Ia (bom air) dilepaskan di lokasi titik panas berdasarkan termal imej dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Operasi tamat kira-kira sejam kemudian dan kami berharap operasi ini dapat mengurangkan kemerebakan api di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Phee berkata setiap bom air boleh menampung hingga 1,600 liter air dan difahamkan dua helikopter itu melakukan beberapa siri pengeboman air di kawasan berkenaan.

Beliau berkata bagi melancarkan operasi pemadaman, semua agensi dan penduduk tidak dibenarkan melakukan sebarang penerbangan dron semasa unit udara bomba sedang melakukan penerbangan dan kerja-kerja pemadaman.

Dalam pada itu, Phee berkata 44 orang daripada 10 keluarga yang tinggal berhampiran tapak pelupusan itu telah dipindahkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sejak Ahad lepas.

Beliau berkata lapan orang termasuk seorang warga emas dan seorang bayi ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah manakala 36 orang termasuk tiga warga emas ditempatkan di PPS SK Saujana Indah.

Tinjauan Bernama mendapati 10 sekolah yang terletak berhampiran tapak pelupusan itu ditutup tiga hari bermula hari ini berikutan indeks udara menunjukkan kepekatan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan dan mengancam nyawa.

Kebakaran membabitkan kawasan seluas 6.5 hektar daripada keseluruhan 16.2 hektar tapak pelupusan sampah itu dilapor berlaku sejak kira-kira 5 petang, Rabu lepas. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad