web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Disembunyi Dalam Proton Exora, 248 Kilogram Ganja Mampat Dirampas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 6:00PM

Mohd Nasir (kiri) menunjukkan ganja mampat yang bernilai RM620,000 yang dirampas dalam sebuah kereta Proton Exora di sebuah garaj di Jalan Cempaka Panji, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Sejumlah 248 kilogram ganja mampat bernilai RM620,000 yang disembunyikan dalam sebuah Proton Exora dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan di Pengkalan Chepa, semalam.

Pengarah JKDM Kelantan, Mohd Nasir Deraman berkata, kereta berkenaan diparkir di sebuah garaj di Jalan Cempaka Panji di sini.

Menurut beliau, serbuan jam 11.30 pagi itu dibuat hasil intipan dan maklumat daripada Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Kota Bharu.

“Pemeriksaan lanjut ke atas Proton Exora itu berjaya menemui 10 guni mengandungi semua ganja mampat yang dibawa masuk dari Thailand.

“Pengedar menggunakan khidmat penyeludup dengan membawa masuk ganja melalui jalan sungai secara berperingkat,” katanya di sini hari ini.

Ganja mampat yang disembunyikan dalam sebuah kereta Proton Exora di sebuah garaj di Jalan Cempaka Panji, Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Ganja mampat yang disembunyikan dalam sebuah kereta Proton Exora di sebuah garaj di Jalan Cempaka Panji, Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Mohd Nasir berkata, ganja mampat itu akan dikumpul dan disembunyikan di satu tempat sebelum ia diedar kepada penagih.

“Ganja mampat ini diklasifikasikan sebagai dadah berbahaya yang tertakluk di bawah Bahagian II, Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 39B(2),” katanya.

Mohd Nasir berkata, JKDM menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-8855, atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

“Identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan jadi orang ramai tidak perlu bimbang untuk memberikan kerjasama,” katanya. - Getaran, 17 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 6 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad