web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mesyuarat PSC Bincang Isu Azam Baki Ditangguh

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 4:49PM

Azam Baki - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) bagi Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dijadualkan pada Rabu ini, ditangguhkan ke suatu tarikh baharu.

Bagaimanapun, tarikh baharu mesyuarat yang turut akan memanggil Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berhubung isu pemilikan saham, belum diputuskan lagi.

Surat penangguhan bertarikh hari ini itu ditandatangani Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin.

Antara alasan diberikan susulan penangguhan ialah beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Parlimen terlebih dahulu.

Pada 13 Januari lalu, Ahli PSC yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, dilaporkan berkata jawatankuasa itu sudah meminta Azam hadir ke mesyuarat jawatankuasa itu, Rabu ini.

Beliau berkata Azam dipanggil bagi menjelaskan dakwaan pemilikan saham yang dikaitkan dengannya.

Terdahulu, Nizam Mydin dalam satu pekeliling bertarikh 11 Januari 2022 menyebut, PSC akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan untuk membincangkan isu pemilikan saham Azam.

Surat itu bagi memaklumkan mesyuarat itu dihantar kepada sembilan Ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa itu yang akan berlangsung di Bilik Jawatankuasa 2, Aras 2, Bangunan Blok Utama Parlimen.

Azam sebelum ini terpalit dengan isu pemilikan saham lebih RM4 juta dan waran dalam dua syarikat tersenarai, ketika menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015 dan 2016.

Tuduhan itu akhirnya terjawab 5 Januari lalu, apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya mendakwa pemilikan saham berkenaan sebenarnya adalah milik adiknya, Datuk Nasir Baki yang menggunakan namanya.

Bagaimanapun Suruhanjaya Sekuriti (SC) menegaskan, alasan Azam bertentangan dengan Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) yang memperuntukkan semua akaun sekuriti dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama dibenarkan.

Selain itu, Seksyen 29A SICDA menetapkan semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama dibenarkan. - Getaran, 17 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perbicaraan Kes 1MDB Terpaksa Ditangguh Selepas Najib Alami Cirit-Birit

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek