web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembentangan Akta Kawalan Tembakau Dan Merokok Terima Sokongan 57 NGO

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 10:28AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan pembentangan Akta Kawalan Tembakau dan Merokok di Parlimen tahun ini menerima sokongan penuh 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terdiri daripada kumpulan profesional perubatan, kesihatan dan pengguna.

Kumpulan berkenaan turut senada dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung cadangan KKM untuk mewujudkan peruntukan berkaitan Generation Endgame (Generasi Penamat) membabitkan isu rokok di negara ini.

Menurut NGO terbabit, Generation Endgame adalah sasaran penurunan peratusan perokok dalam kalangan sesebuah negara sehingga mencapai kurang daripada lima peratus.

Katanya, pelan strategik kebangsaan berkaitan kawalan tembakau melibatkan program khas bagi setiap peringkat umur dalam lapisan masyarakat sudah pun disusun menerusi kerjasama pelbagai agensi ke arah mewujudkan Malaysia yang bebas rokok.

“Pendidikan awal tentang bahaya asap rokok basi (secondary smoker) dan keburukan tabiat merokok disasarkan kepada golongan kanak-kanak pra-sekolah, sekolah rendah dan remaja untuk mewujudkan generasi bebas amalan merokok.

“Sasarannya adalah menjelang tahun 2025 bilangan perokok menurun kurang daripada 15 peratus dan menurun kepada lima peratus menjelang tahun 2040. Namun persoalannya adakah negara kita akan berjaya untuk mencapai The Endgame? Sudah pasti tidak jika tiada sesiapa yang memulakan pendekatan berani seperti yang dicadangkan oleh Khairy ini,” katanya dalam kenyataan bersama, hari ini.

Antara NGO yang menyokong usaha tersebut adalah Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), National Cancer Society of Malaysia, Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR) dan Persatuan Tadika Malaysia.

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan berani sangat diperlukan untuk mencapai sasaran tersebut kerana situasi merokok di Malaysia masih berdepan keadaan mencabar apabila penurunan peratusan perokok hanyalah dua peratus sejak tahun 1986.

“Peratusannya hanya turun sedikit daripada 23 peratus kepada 21 peratus sejak tahun 1986 hingga sekarang.

“Kos rawatan penyakit-penyakit akibat daripada tabiat merokok ini juga telah lama menjadi beban kepada negara terutamanya terhadap sistem kesihatan dan kewangan kita,” katanya.

Dalam pada memberikan sokongan namun gabungan NGO tersebut turut mengingatkan KKM dan agensi berkaitan, supaya larangan terhadap generasi akan datang yang bakal dibuat ini perlu dikuatkuasakan kepada semua jenis produk rokok termasuk rokok elektronik dan vape.

Katanya, larangan pembelian atau pemilikan semua jenis rokok sangat kritikal bagi memastikan konsep ‘produk kurang haram atau kurang kemudaratan’ yang sering diwar-warkan oleh industri rokok elektronik atau vape tidak diterima kerana tiada pembuktian secara saintifik.

“Selain itu, kawalan ketat serta penguatkuasaan yang tegas perlu dilaksanakan tanpa memberikan keistimewaan kepada mana-mana jenis produk rokok termasuk vape yang terbukti membahayakan kesihatan rakyat Malaysia,” katanya. - Getaran, 17 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

2

Politik 2 tahun yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

3

Politik 2 tahun yang lalu

PDRM, SPRM Sedia Siasat Laporan Wujud Unsur Habuan, Ugutan Sokongan Kepada PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Wang Bidaan Jam Rolex Sudah Diserahkan Kepada NGO Bantu Rakyat Palestin 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad