web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelantan Terima Hasil Petroleum RM400 Juta Dalam 2 Tahun - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 3:59PM

Tengku Zafrul (kiri) menjawab soalan pemberita pada sidang media selepas Program Taklimat Bajet 2022 Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kerajaan Pusat sudah menyalurkan hasil petroleum sebanyak RM400 juta kepada Kelantan sejak dua tahun lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, hasil berkenaan masing-masing mencakupi RM200 juta tahun lalu dan RM200 juta pada 2020.

Katanya, di bawah Kerajaan Persekutuan sekarang, pembayaran dibuat secara langsung dan 100 peratus kepada kerajaan negeri Kelantan.

"Penyaluran wang itu hasil petroleum sebanyak lima peratus bagi medan pengeluaran yang berdekatan dengan Kelantan. 

"Penyaluran wang itu meningkat berlipat kali ganda daripada tahun 2019 iaitu sebanyak RM28 juta," katanya dalam sidang media selepas Program Taklimat Bajet 2022 Bersama Penjawat Awam Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di sini, hari ini. 

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, pembayaran yang dibuat juga bergantung kepada jumlah pengeluaran minyak di medan dan juga harga semasa petroleum.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, peruntukan projek pembangunan di Kelantan bagi tahun 2022 meningkat kepada lebih RM2.38 bilion berbanding RM1.85 bilion tahun lalu.

"Peruntukan meningkat berikutan bilangan projek yang diberikan kepada Kelantan juga meningkat kepada 351 projek pembangunan berbanding 340, pada tahun lalu.

"Peruntukan paling besar adalah bagi projek pembesaran dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa iaitu RM483 juta; pembinaan bangunan guna sama Tunjong sebanyak RM576 juta dan Jambatan Palekbang- Kota Bharu dengan kos RM250 juta," katanya.

Projek lain ialah pembinaan bangunan tambahan Hospital Tanah Merah lebih RM153 juta, Hospital Bachok (RM140 juta), pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli (RM139 juta), projek mesra rakyat negeri Kelantan (RM102 juta) dan perolehan tanah bagi pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan sebanyak RM35 juta. 

"Pembangunan ini membabitkan projek baharu dan sambungan bagi projek sebelum ini," katanya. - Getaran, 16 Januari 2022


 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad