Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Doktor Kontrak Akhirnya Diiktiraf, Layak Terima Biasiswa Jadi Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 1:12PM

Gerakan Hartal Doktor Kontrak melancarkan mogok di seluruh negara, tahun lalu selepas kerajaan gagal memenuhi serta menyelesaikan tuntutan pihaknya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Doktor lantikan kontrak kini mampu menarik nafas lega apabila layak menerima tajaan biasiswa menerusi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di peringkat kepakaran.

Tawaran baharu itu diumumkan menerusi surat rasmi bertarikh 5 Januari 2022 daripada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Harjeet Singh.

Ia memperincikan mengenai pelantikan secara kontrak perubatan, pergigian dan farmasi selepas khidmat wajib bagi kesinambungan perkhidmatan dan/atau persediaan untuk pengajian kepakaran.

Sehubungan tawaran itu, jurucakap Hartal Doktor kontrak merakamkan penghargaan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana menunaikan janji beliau bagi membela nasib penjawat awam berkenaan dan memastikan mereka layak menerima HLP.

“Yang Berhormat Khairy Jamaluddin sememangnya sudah membuktikan kecekalan dan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan isu membelenggu kami sejak lima tahun lalu.

“Kami berharap terma dan syarat untuk memohon HLP akan diputuskan tidak lama lagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata, Hartal Doktor Kontrak percaya Khairy akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan masalah lain dihadapi golongan berkenaan, seperti disuarakan pihaknya ketika pertemuan pada 21 September tahun lalu.

Gerakan itu menegaskan, pihaknya akan terus memperjuangkan kebajikan dan menjadi pemangkin dalam isu membabitkan doktor kontrak.

“Antara isu terbabit adalah kriteria dan pemilihan doktor kontrak yang diserap ke jawatan tetap perlu dilakukan secara telus.

“Doktor kontrak juga perlu menerima faedah sama seperti pegawai lantikan tetap serta perolehan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan meminda Akta Pencen 1980,” katanya.

Sementara itu, menerusi surat rasmi dikongsi Hartal Doktor Kontrak, kerajaan pada 14 Julai 2021 bersetuju supaya pegawai perubatan dalam tiga bidang yang sudah melengkapkan tempoh kontrak khidmat wajib dilantik semula secara kontrak.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, usaha itu bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan atau persediaan kepada pengajian kepakaran.

“Tawaran pelantikan semula secara kontrak akan dibuat berdasarkan kohort lantikan berperingkat menerusi Portal Semakan Kerjaya KKM mulai 1 Januari 2022. 

“Tawaran ini merangkumi pegawai perubatan (kohort lantikan 2017 dan pegawai yang dilanjutkan latihan siswazah dan lengkap khidmat wajib 2022), pegawai pergigian (kohort lantikan 2019) serta pegawai farmasi (kohort lantikan 2019),” katanya.

Sebelum ini, perolehan HLP bagi doktor kontrak tidak mudah kerana menetapkan hanya doktor tetap yang berkhidmat dengan kerajaan bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun, layak menyambung pengajian kepakaran.

Kelayakan itu juga bergantung dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dengan penilaian 85 peratus.

Pada tahun lalu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak melancarkan mogok di hospital dan klinik kesihatan awam selepas kerajaan gagal memenuhi serta menyelesaikan tuntutan pihaknya, termasuk lantikan tetap perjawatan.

Mereka bergerak keluar beramai-ramai dengan meninggalkan tugasan masing-masing beberapa minit sebagai protes terhadap masa depan status jawatan mereka yang masih terumbang-ambing.

Gerakan itu merancang mengadakan mogok kali kedua pada 8 Disember lalu, namun membatalkannya berikutan Khairy Jamaluddin dilaporkan meminta mereka tidak berbuat demikian kerana beliau sedang mencari penyelesaian terbaik berhubung kemelut dialami doktor kontrak – Getaran, 15 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

2

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

3

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

5

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

6

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 5 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran