web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendengaran Dalam Talian Kekal Sebahagian Sistem Kehakiman - Ketua Hakim Negara

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2022 5:21PM

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada sidang media Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman hari ini. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pendengaran atau perbicaraan dalam talian bukan hanya satu cara untuk menangani pandemik COVID-19 tetapi adalah ciri kekal dalam sistem kehakiman negara, menurut Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata mahkamah maya kini sudah menjadi aspek yang kekal dalam sistem advokasi negara dan tiada persoalan untuk kembali kepada kaedah lama dalam mengendalikan perbicaraan secara fizikal.

“Saya katakan ‘kekal’ kerana ada yang mempersoalkan bila dan sama ada badan kehakiman akan kembali kepada perbicaraan fizikal seperti biasa.

“Saya ingin menjelaskan bahawa badan kehakiman sentiasa memulakan kemajuan teknologi dan pendengaran secara dalam talian atau secara maya ini, menandakan kemajuan kami ke arah ini,” katanya dalam ucapan pembukaan Tahun Undang-undang 2022 di sini hari ini.

Tengku Maimun berkata apabila pandemik itu mula menular pada Mac 2020, mahkamah terpaksa meneruskan kes dalam talian bagi mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak, tertakluk kepada kepentingan keadilan.

Beliau berkata ini kerana tiada undang-undang permisif yang jelas menetapkan pendengaran atau perbicaraan dalam talian dibenarkan atas arahan mahkamah.

“Sekarang, Parlimen telah campur tangan secara afirmatif untuk membenarkan perbicaraan dalam talian tanpa mengira persetujuan tetapi masih tertakluk kepada kepentingan keadilan.

“Tiada ruang untuk pertikaian mengenai kewajaran kaedah ini memandangkan peralihan ini bukan khusus untuk Malaysia,” katanya.

Tengku Maimun berkata perubahan penting dalam undang-undang untuk membenarkan pelaksanaan ini dibuat dengan memasukkan Seksyen 15A  Akta Mahkamah Kehakiman (CJA) 1964 yang menyatakan bahawa mahkamah boleh menjalankan prosiding sivil atau jenayah melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Beliau berkata hakim telah menyesuaikan konsep ini dengan baik untuk pendengaran jarak jauh dalam konteks kes sivil, permohonan jenayah dan rayuan jenayah.

“Teknologi perkongsian skrin, kami dapati membantu kami dengan rujukan dokumen, tahap dan sifat advokasi telah bertambah baik tanpa mengira sama ada peguam di hadapan kami adalah senior atau junior.

“Kami juga berpendapat pendengaran jarak jauh ini telah banyak memudahkan peguam daripada menghabiskan masa untuk perjalanan.

“Dari segi akses kepada keadilan, penggantungan kepada perbicaraan secara jarak jauh memberi banyak kelebihan.

“Orang awam dan pengamal perundangan dapat mengurangkan gementar dengan persekitaran sergam mahkamah dan saya fikir mahkamah sudah mudah diakses dengan klik bebutang, telah merubah kami daripada ritualisme dan kebiasaan, memberi tumpuan lebih kepada aspek-aspek substantif keadilan kes itu sendiri,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad