web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penolong Akauntan JKM Didakwa Pecah Amanah RM74,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 4:23PM

Tengku Asraf Shah (kiri) diiringi pegawai SPRM selepas proses pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Dua penolong akauntan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM74,000.

Tertuduh, Tengku Asraf Shah Tengku Yahya dan Zuraini Abdul Rahim @ Abdul Rahman yang masing-masing berusia 39 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai penolong akauntan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Raub antara Jun 2020 hingga Februari 2021.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah jenayah berkaitan wang milik pejabat itu yang berjumlah RM74,000 antara 22 Jun 2020 hingga 18 Februari 2021.

Zuraini (tengah) diiringi pegawai SPRM selepas proses pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.
Zuraini (tengah) diiringi pegawai SPRM selepas proses pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dengan sebatan serta denda.

Bagi pertuduhan seterusnya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kamariah Seman.

Mahkamah membenarkan tertuduh, masing-masing diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Getaran, 13 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Pembantu Tadbir Didakwa Lakukan Pengubahan Wang Haram, Pecah Amanah RM15 Juta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

JKM Kesan Ibu Kandung Bayi Perempuan 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 5 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 9 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad