web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKM Kesan Ibu Kandung Bayi Perempuan 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 7:58PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERTIH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (KKM) daerah Besut sedang mengesan ibu kandung kepada seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan sejak September lalu.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Besut, Zulbahri Ibrahim berkata, bayi itu ditinggalkan ibunya, Wan Azlina Wan Mohamad ketika mendapatkan rawatan di HUSM.

“Pihak pengurusan hospital merujuk bayi itu yang dilahirkan pramatang pada 10 September lalu kepada JKM bagi tindakan lanjut selepas ibu bayi tersebut menghilangkan diri apabila bayinya perlu ditahan di wad kerana masalah kesihatan.

“Alamat terakhir wanita itu adalah di Kampung Padang Landak di Jertih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulbahri berkata, pada 23 November lalu, pihaknya berjaya memperoleh perintah Mahkamah Majistret Daerah Besut Seksyen 25(2) Akta Kanak-Kanak 2001 bagi menempatkan bayi itu di bawah jagaan institusi JKM sehingga kini.  

Beliau berkata, usaha mengesan Wan Azlina sebelum ini menemui jalan buntu hingga pihaknya terpaksa membuat hebahan.

“Dia (Wan Azlina) tidak perlu takut untuk tampil kerana tidak ada sebarang tindakan akan diambil ke atasnya oleh JKM, sebaliknya ia adalah bagi urusan pengesahan status penjagaan bayi tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung bayi berkenaan boleh menghubungi Pelindung Pejabat Kebajikan Masyarakat Besut, Noradawiah Ab Manaf di talian 09-6956042/09-6953951,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Kini Di Peringkat Pembentukan - KPWKM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lelaki Disyaki Dera Bayi Perempuan Teman Wanita Ditahan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penerima Bantuan Kebajikan Keluar Daripada Kelompok Miskin - Nancy

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad