web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Disyaki Dera Bayi Perempuan Teman Wanita Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 10:03AM

Polis mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan polis akan memohon perintah reman esok. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berumur 31 tahun yang dipercayai mendera bayi teman wanitanya ditahan di sebuah flat di Jinjang di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP D. Saralathan ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan polis akan memohon perintah reman esok.

“Siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan Ketua Polis Kuala Lumpur akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya kepada Bernama.

Kelmarin, tular video seorang bayi perempuan berusia setahun 11 bulan cedera dipercayai didera teman lelaki ibunya di sebuah pangsapuri di Setapak.

Bayi itu, yang cedera di bahagian belakang badan, bengkak di bibir serta lebam kedua-dua belah mata, kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Siasatan awal polis mendapati punca bayi malang itu dipukul ialah kerana membuat bising dan ibunya dikatakan cuba menghalang suspek tetapi tidak berdaya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

3

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

4

Semasa 2 hari yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad