web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hampir 5,000 Penerima Bantuan Kebajikan Keluar Daripada Kelompok Miskin - Nancy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2023 4:25PM

Nancy Shukri menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar dan penduduk kampung yang kurang bernasib baik pada program Kasih Ramadan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Hampir 5,000 penerima bantuan kebajikan di bawah pelbagai program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah berjaya keluar daripada kelompok miskin sepanjang tahun lepas, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri. 

Beliau berkata jumlah itu terdiri daripada 533,167 penerima bantuan secara keseluruhan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion. 

“Walaupun tidak ramai dari segi jumlahnya iaitu 4,921 orang, tapi sekurang-kurangnya mereka berjaya keluar daripada golongan yang menerima bantuan itu. Jadi kita bantu mereka supaya mereka boleh berdikari,” katanya selepas menghadiri Program Kasih Ramadan anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di sini, hari ini.

Di Dewan Rakyat sebelum ini, Nancy memaklumkan kira-kira 1,500 penerima bantuan yang menyertai program ‘2 Years Exit Programme’ (2YEP) di bawah JKM telah berjaya keluar daripada memerlukan bantuan kebajikan sejak program berkenaan diadakan pada 2016. 

Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya menyalurkan peruntukan tambahan RM10 juta kepada RM2.41 bilion bagi tujuan program kebajikan pada tahun ini, berbanding RM2.4 bilion pada tahun lepas.

“Kita ada peruntukan, untuk kebajikan sahaja pada tahun lepas ialah RM2.4 (bilion) tapi pada tahun ini bertambah kepada RM2.41 (bilion) sebab penerima bantuan kebajikan kita telah bertambah. Kumpulan sasar melibatkan golongan asnaf merupakan jumlah penerima tertinggi,” katanya. 

Terdahulu, Nancy yang juga Pengerusi YKN dan Ahli Parlimen Santubong menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada 100 penduduk kampung terdiri daripada golongan asnaf dari Kampung Beradek, Kampung Semilang dan Kampung Tiang Api. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JKM Kesan Ibu Kandung Bayi Perempuan 

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Ahmad Zahid Mahu KKDW Tingkat Usaha Noktah Kemiskinan Rakyat Luar Bandar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak Kini Di Peringkat Pembentukan - KPWKM

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad