web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Rumit, Perlu Bukti Kukuh Dorong Doktor Berani Palsukan Sijil - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2022 8:51AM

Sijil digital vaksinasi merupakan satu keperluan pada masa ini, menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan dengan memalsukannya. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Doktor yang terbabit dalam kegiatan memalsukan sijil digital vaksinasi COVID-19 berdepan penggantungan atau pembatalan lesen kedoktoran oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC). 

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, perbuatan itu jelas tidak beretika dan melanggar integriti seorang pengamal perubatan.

“Ini adalah satu kesalahan dari segi etika. Kita ni (doktor) di bawah MMC. Jadi apa-apa kesalahan dia boleh digantung, didenda atau ditarik lesen atau dibatalkan pendaftaran.

“Jenis hukuman pula bergantung kepada kesalahan. Walau bagaimanapun dia perlu dihadapkan ke lembaga disiplin MMC. Mereka yang akan putuskan,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Dr Zainal Ariffin Omar
Dr Zainal Ariffin Omar

Jelas Dr Zainal Ariffin, MMC hanya boleh mengambil tindakan terhadap doktor terbabit setelah mahkamah menjatuhkan hukum atas kesalahan yang dilakukan.

“Kalau kes polis MMC akan tunggu dulu kes itu selesai. Sekiranya pergi mahkamah, kena tunggu selepas jatuhkan hukum dan barulah tindakan diambil.

“Jika mahkamah putuskan tak ada unsur jenayah, MMC hanya boleh bertindak jika ada aduan. Selepas itu, barulah MMC akan panggil dia untuk siasatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau yang pernah menjadi Ahli Majlis MMC dan berpengalaman dalam pengurusan siasatan dan tindakan disiplin pengamal perubatan di negara ini berkata, proses perbicaraan kes sedemikian amat rumit.

“Selama tiga tahun di MMC saya selalu terlibat dalam perbicaraan kes seperti ini. Jadi saya tahu sangat. Ia satu proses yang rumit. Kadang kita pun sakit hati sebab ada yang terlepas.

“Ada kes tu sampai bertahun (baru selesai). Kalau dia datang beri dokumen lengkap sekejaplah dalam tiga, empat bulan habis. Tapi ada sampai enam tahun dan lebih teruk lagi ada yang tak selesai,” katanya.

Malah katanya, kes tersebut juga memerlukan bukti yang kukuh sebelum tindakan tegas boleh diambil MMC.

“Kes ini mesti kena ada pembuktian. Doktor memang tak beri (vaksin) tapi bagi pengesahan sijil palsu. Sijil vaksinasi tidak diwartakan, bukan dokumen undang-undang melainkan penerima boleh buktikan (kes berlaku).

“Dokumen yang dirampas pula hanya dokumen temu janji. Mana-mana klinik boleh beri dan simpan. Kes ini memang rumit dan sebab itulah ada yang berani buat. Jadi Timbalan Pendakwa Raya dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Kesihatan (KKM) memang kena cerdik,” katanya.

Beliau berkata, hanya MMC sahaja yang boleh menentukan jenis hukuman dan ada kuasa untuk membatalkan lesen perubatan seorang pengamal perubatan.

“MMC akan putuskan sama ada nak gantung berapa lama. Kadang-kadang ada yang diberi amaran sahaja, digantung, didenda dan dibatalkan pendaftaran mereka. 

“Ini semua atas budi bicara MMC. Hanya MMC yang boleh membatalkan pendaftaran lesen perubatan. Banyak juga lesen sudah dibatalkan tetapi bergantung kepada kes,” katanya.

Ditanya sama ada doktor terbabit boleh menyambung semula profesionnya selepas tamat tempoh penggantungan, Dr Zainal Ariffin berkata, ia boleh berlaku melainkan lesen pendaftarannya dibatalkan.

“Boleh (sambung) katakan kalau dia kena denda, atau dapat amaran sahaja, kemudian dia kena gantung contohnya dalam tempoh dua tahun.

“Tetapi jika lesen perubatannya dibatalkan itu tak bolehlah. Maka dia kena merayu,” katanya.

Isnin lalu, Getaran melaporkan kegiatan seorang doktor yang mengeluarkan sijil vaksin palsu kepada golongan anti vaksin di Marang, Terengganu, akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis pada Sabtu lepas.

Dalam tangkapan itu, polis turut merampas 1,900 sijil vaksin COVID-19 yang dikeluarkan doktor tersebut secara tidak sah.

Doktor berusia 51 tahun itu yang telah membuka klinik selama lebih 20 tahun dipercayai melakukan kegiatan berkenaan, apabila premisnya dibenarkan untuk memberi suntikan vaksin secara berbayar sejak empat bulan lalu.

Dia dikatakan mengenakan caj antara RM400 hingga RM600 bagi setiap seorang yang mahu memiliki sijil vaksin COVID-19 tanpa disuntik. - Getaran, 13 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja