web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengusaha Bas Sekolah Alami Kesukaran Untuk Beroperasi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 8:33PM

Kira-kira 8,000 bas sekolah yang kekal beroperasi di seluruh negara berbanding 16,000 bas sebelum PKP dilaksanakan kerajaan pada Mac lepas. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta memberi perhatian terhadap masalah dihadapi pengusaha bas di seluruh negara yang mengalami kesukaran untuk beroperasi ketika sesi persekolahan dibuka semula dalam situasi pandemik COVID-19.

Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM), Amali Munif Rahmat berkata masalah utama dihadapi pengusaha bas ketika ini adalah berkaitan yuran, yang sama ada enggan dibayar penuh oleh ibu bapa atau tidak dibayar langsung.

Beliau berkata lebih 50 peratus ibu bapa tidak mahu membayar yuran perkhidmatan bas sekolah kerana sistem penggiliran yang digunakan Kementerian Pendidikan (KPM) melibatkan kehadiran pelajar ke sekolah, bermula semalam.

Menurut Amali Munif, perkara itu agak membebankan pengusaha bas sekolah kerana hasil kutipan yuran tidak mencapai separuh daripada jumlah sebelum ini untuk menampung kos perkhidmatan tersebut.

"Kita perlu bayar gaji pemandu secara penuh untuk sebulan, ansuran bulanan lagi, pihak pinjaman wang pun dah tanya bila nak bayar. Sekolah baru buka hari ini, mereka dah tanya bila nak bayar," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Amali Munif berkata sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kerajaan pada Mac lepas, terdapat kira-kira 16,000 bas sekolah beroperasi di seluruh negara namun kini lebih kurang 8,000 sahaja yang kekal beroperasi.

Lebih menyedihkan, menurutnya terdapat juga pengusaha bas yang beroperasi secara haram ketika ini kerana tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi berbanding jika secara berlesen.

"Hal ini kerana sebagai pengusaha bas berlesen kami kena bayar pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom), insurans dan lain-lain menjadikan kos lebih tinggi. Jumlah pengusaha tidak berlesen pula bertambah sebab ramai yang kena berhenti kerja.

"Itu sebabnya sesetengah pengusaha bas menaikkan tambang kerana nak tampung kos, namun sebahagian (pengusaha bas) bukan semua," katanya.

Justeru, beliau mencadangkan kerajaan supaya menetapkan pengoperasian bas sekolah sebagai satu perkhidmatan perlu bagi membolehkan golongan itu menjadi antara keutamaan apabila melibatkan pemberian bantuan.

"Dalam Bajet 2022 pun langsung tidak disebut bantuan untuk bas sekolah, itu yang kami kesal," kata Amali Munif.

Pada 24 Disember lepas, KPM mengumumkan tarikh persekolahan penggal 3 bermula 9 Januari bagi kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, serta 10 Jan bagi kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusof berkata ketika ini permintaan untuk perkhidmatan bas sekolah tidak begitu menggalakkan, selain kesukaran membayar kos penyelenggaraan dan memperbaharui insurans.

Katanya, sikap ibu bapa yang masih berkira-kira untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah berikutan sistem penggiliran yang dilaksanakan KPM juga tidak membantu apabila melibatkan pembayaran yuran kepada pengusaha bas.

"Kami bayar insurans, cukai jalan, Puspakom untuk setahun. Mereka (ibu bapa) bayarlah sebulan penuh sebab bagi pengusaha bas sekolah itu sahaja pendapatan mereka kini. Kami juga minta kerajaan supaya beri subsidi diesel pada harga RM1 satu liter untuk bas sekolah sahaja," katanya.

Beliau difahamkan rata-rata tidak sampai 10 murid dan pelajar yang menggunakan perkhidmatan bagi sebuah bas sekolah, menyukarkan lagi mereka untuk terus beroperasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sikit Lagi Nak Kena Rempuh

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Wajibkan Bas Sekolah Pasang Kamera, Jangan ‘Sapu Sampah Sorok Bawah Karpet’

3

Semasa 5 tahun yang lalu

214 Pengusaha Bas Sekolah Di Kelantan Gulung Tikar, Jual Bas Dan Van

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan