web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelantikan Azam Teratur, Ikut Peraturan 

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 8:26PM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dibuat secara teratur mengikut peraturan dan kaedah ditetapkan dalam perkhidmatan awam.

Mantan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, berkata pelantikan tersebut dibuat di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta SPRM 2009.

Jelasnya, di bawah peruntukan berkenaan, Ketua Pesuruhjaya SPRM dilantik Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Syor ini diangkat kepada Perdana Menteri dalam bentuk kertas cadangan yang mengandungi laporan mengenai kelayakan pegawai dan justifikasi pelantikan.

“Terdapat proses tertentu dalam perkhidmatan awam yang menentukan kelayakan seseorang pegawai untuk dilantik ke mana-mana jawatan.

“Ini termasuk proses tapisan keselamatan dan keutuhan oleh pelbagai agensi dari semasa ke semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Azalina Othman Said
Azalina Othman Said

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada persoalan dibangkitkan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina mempersoalkan sama ada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ketika itu membuat semakan terhadap latar belakang Azam sebelum melantik beliau ke jawatan terbabit.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, bagi pegawai sedang berkhidmat, mereka tertakluk kepada pelbagai peraturan dan syarat, termasuk pengisytiharan harta.

Katanya, terdapat borang perlu diisi dan kaedah harus dipatuhi seorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mengisytiharkan harta masing-masing. 

“Tan Sri Azam Baki adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya suruhanjaya itu.

“Saya percaya sebagai pegawai tinggi kerajaan yang sedang dalam perkhidmatan, beliau tertakluk kepada semua syarat dan proses ini, sebelum serta selepas pelantikan,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata, tidak timbul isu sama ada Muhyiddin membuat semakan latar belakang pegawai sebelum pelantikan Azam. 

“Proses pelantikan dibuat secara teratur mengikut peraturan dan kaedah ditetapkan. 

“Sebarang isu yang timbul selepas pelantikan itu hendaklah ditangani berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan sedang berkuatkuasa,” katanya. - Getaran, 10 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek