web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Luar Biasa, Aktiviti Pelancongan Janda Baik Ditutup Sepenuhnya

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 3:23PM

Mohd Sharkar (kanan) meninjau kesan banjir lumpur di Pulau Santap, dekat Janda Baik, Bentong, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Semua aktiviti pelancongan di kawasan Janda Baik, dekat sini, ditutup sepenuhnya bermula awal tahun sehingga pengumuman rasmi dibuat kerajaan negeri. 

Arahan penutupan sebarang aktiviti membabitkan pelancong dari dalam dan luar negeri itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko yang masih ada, selepas kawasan terbabit dilanda fenomena banjir luar biasa pada 18 Disember lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, pemberhentian aktiviti pelancongan di kawasan itu juga bagi memudahkan proses penilaian kerugian serta kerja baik pulih infrastruktur yang rosak teruk dalam bencana terbabit. 

Mohd Sharkar (dua dari kanan) mendengar taklimat sambil meninjau kerosakan chalet dan resort yang beroperasi di Pulau Santap, dekat Janda Baik, Bentong, di sini.
Mohd Sharkar (dua dari kanan) mendengar taklimat sambil meninjau kerosakan chalet dan resort yang beroperasi di Pulau Santap, dekat Janda Baik, Bentong, di sini.

“Berdasarkan rekod yang Tourism Pahang ada, sebanyak 33 daripada 54 chalet dan resort pelbagai kategori mengalami kerosakan dalam kejadian yang dikatakan berkait dengan ‘kepala air’ dari Sungai Benus hingga mengakibatkan pekan Janda Baik ini tenggelam. 

“Nilai kerugian pula kita anggarkan antara RM4 hingga RM5 juta dan ada antaranya (chalet) ranap sepenuhnya dan memerlukan modal serta masa untuk dibina semula,” katanya kepada media selepas melakukan tinjauan di Pulau Santap, dekat Janda Baik, di sini, hari ini. 

Kawasan Pulau Santap adalah lokasi paling teruk terjejas dalam kejadian banjir kilat baru-baru ini, yang menyaksikan hampir 90 peratus chalet dan resort di situ musnah sepenuhnya. 

Turut serta dalam tinjauan itu ialah Pengarah Tourism Pahang, Kamarudin Ibrahim. 

Mohd Sharkar turut memaklumkan, pihaknya akan berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan mengutus surat rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memberi perhatian khusus kepada usaha membaik pulih kemudahan asas di kawasan Janda Baik. 

Katanya, peruntukan khas juga wajar dipertimbangkan kerajaan Persekutuan untuk ditawarkan kepada pengusaha chalet dan resort yang terjejas teruk dalam kejadian banjir lumpur itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

“Boleh dikatakan kebanyakan pengusaha chalet atau resort ini perlu memulakan dari awal, termasuk membina semula chalet mereka. 

“Jadi, ia bukan sahaja mengambil masa, tapi turut memerlukan peruntukan atau modal yang besar dan disebabkan itu, kita harap kerajaan (Persekutuan) boleh menyediakan peruntukan khas atau menawarkan pinjaman yang fleksibel untuk mereka,” katanya. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang berkata, kira-kira 300 pekerja resort atau chalet di Janda Baik juga kehilangan sumber pendapatan mereka susulan insiden itu dan nasib mereka perlu diber perhatian sewajarnya pihak berkenaan. 

Katanya, proses baik pulih infrastruktur seperti jalan raya dan jambatan yang rosak perlu disegerakan, kerana ia adalah kemudahan paling asas bagi menyenangkan pengunjung atau pelancong kembali mengunjungi Janda Baik yang sememangnya terkenal sebagai destinasi percutian keluarga. 

“Mengenai kos baik pulih infrastruktur, saya percaya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mempunyai nilai munasabah yang diperlukan bagi memulakan kerja dan ini adalah keutamaan dan perlu dipercepatkan,” katanya. - Getaran, 10 Januari 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pegawai Polis Dan Isteri Maut Kemalangan Di Pekan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Kanan Polis Direman, Disyaki Terima Rasuah Lindungi Pusat Hiburan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Remaja Lelaki Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 11 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad