web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sijil Digital Vaksinasi Berharga RM2,500, Lebih Ramai Lebih Murah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 3:05PM

Sijil digital vaksinasi palsu dipercayai kembali aktif dan boleh diperoleh pada harga RM2,500 seorang. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas menyepi seketika, kegiatan penjualan sijil digital vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera kembali aktif muktahir ini.

Lebih mengejutkan. sijil palsu itu boleh diperoleh pada harga RM2,500 seorang.

Harga tidak masuk akal itu ditetapkan individu menawarkan perkhidmatan tersebut, dipercayai kepada golongan enggan divaksin berdasarkan paparan skrin mesej yang tular di media sosial.

Individu berkenaan juga mendakwa, sijil tersebut boleh digunakan di semua tempat dan selamat jika ada pemeriksaan dilakukan pegawai penguatkuasa.

Dakwanya lagi, maklumat pembeli seperti nama dan nombor kad pengenalan akan dipaparkan pada sijil terbabit.

Kegiatan penjualan sijil digital vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera dipercayai kembali aktif. - Gambar dari media sosial
Kegiatan penjualan sijil digital vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera dipercayai kembali aktif. - Gambar dari media sosial

Menurut mesej itu, MySejahtera pembeli juga akan dikemaskini mengikut dos vaksin COVID-19 yang disyorkan.

“Update akan dibuat sehingga dos yang disyorkan. RM2,500 seorang,” katanya.

Dia juga mendakwa, segala maklumat pembeli akan dirahsiakan dan pembeli hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan serta ID MySejahtera sahaja.

“Selepas membuat pembayaran, MySejahtera pembeli akan dikemas kini dengan sijil tersebut dalam tempoh selepas tujuh hari atau dua minggu.

“Segala details dirahsiakan supaya tiada risiko untuk semua,” katanya.

Individu terbabit turut mendakwa harga sijil boleh dikurangkan jika terdapat lebih daripada lima pembeli.

“Jika berminat boleh inform details dan jumlah yang ingin buat, lebih daripada lima orang boleh dikurangkan harga, terima kasih,” katanya.

Mesej yang tular itu bukan isu baharu kerana kegiatan penjualan sijil digital palsu tersebut mula dikesan sekitar Ogos lalu, malah sebelum ini, polis turut membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan.

Hari ini, polis menahan seorang doktor di Marang, Terengganu kerana mengeluarkan sijil vaksinasi palsu kepada individu yang enggan mengambil suntikan berkenaan.

Tangkapan terhadap doktor lelaki berusia 51 tahun dilakukan selepas menerima maklumat orang awam berhubung kegiatan tersebut.

Mesej yang tular itu hangat diperkatakan warganet apabila Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini mendedahkan, terdapat jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak mempunyai sebarang rekod vaksinasi COVID-19.

Difahamkan daripada 122 jemaah yang mengerjakan ibadah umrah, sebanyak 14 peratus atau 17 individu tidak menerima sebarang vaksinasi.

Susulan itu, warganet beranggapan individu terbabit berkemungkinan menggunakan sijil digital vaksinasi yang dijual di pasaran gelap. - Getaran, 10 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Poster Bantuan Khas Kewangan RM700 Palsu - JPA

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad